Written by AbangNara | August 11th, 2014

Sebenarnya Abang Nara agak terkejut juga membaca perkhabaran mengenai Erma Fatima yang dilaporkan ingin meminta cerai daripada suaminya, Bade seperti yang telah dilaporkan di dalam BiPop semalam. Seperti yang kita semua tahu, Bade baru-baru ini telah pun melangsungkan perkahwinan keduanya. Agak pelik juga kenapa Erma mahu memohon penceraian sedangkan dia sendiri telah memberi keizinan untuk dimadukan oleh Bade.

erma fatima

Tekanan daripada hidup bermadu dikatakan menjadi punca permohonan cerai yang kononnya bakal dilakukan oleh Erma. Malah menerusi artikel tersebut, Erma dikatakan sedang mencari peguam untuk menguruskan hal tersebut. Namun hari ini menerusi Mstar Online, Erma Fatima tampil menafikan khabar angin yang ditulis. Kata Erma:-

Fail cerai? Siapa yang kata? Saya sendiri tidak tahu menahu mengenai perkara ini macam mana pula orang lain lebih tahu? Saya belum baca gosip berkenaan tetapi apa yang ditulis itu tidak benar. Saya tidak mahu komen panjang mengenai perkara ini dan biarlah apa orang hendak kata

erma fatima

Lega hati Abang Nara mendengar penafian ini. Iyerlah, sayang sangat kalau perkahwinan berpuluh-puluh tahun berakhir dengan penceraian. Lagipun Erma memang dah beri keizinan untuk Bade berkahwin lagi. Tak nampak ada sebarang masalah. Semoga dengan penafian ini, tiada lagi desas-desus sebegini berterbangan. Sama-samalah kita doakan agar Erma sekeluarga terus bahagia.

P.S: Tambang baru pengangkutan awam akan diumumkan

11 responses to Erma Fatima Nafi Mahu Minta Cerai Daripada Bade

  1. Anonymous says:

    merokok boleh menyebabkan kemandulan. tapi ramai yang buat2 tau atau buat2 x percaya walaupun dah ade bnyk bukti2 nyata…

    0

    0
  2. nok gebuzzz says:

    sabar jer la kak….org mmg suke menabur fitnah.doakan yg baik2 jer….

    0

    0
  3. urm says:

    nak tahu ada seorang lagi hamba allah macam erma ni. siap iklankan di facebook untuk cari calon isteri yang nombor dua untuk suami… kalau search dalam internet Zurina Awang akan nampak statement yang dia tulis tu….

    Sesiapa yang nak.. silakan share dari fb jya. sebarkan2 terima kasih

    0

    0
    • Anonymous says:

      laki dia kaya sgt ke nak cari madu utk laki? setakat alim tapi xmampu bg anak isteri nafkah zahir cukup, Allah tanya jugak kat akhirat nanti.. yang penting, laki dia nak ke pengomen2 kat bn ni, semua stok2 ahli neraka kuat ngumpat je.. baik xpayah

      0

      0
  4. minah jambu idop umno ! merah biru says:

    ye laaaaaaa kalau tk sangup di madu dn stress lebih baik cerai aje habis ceritaaaa…daripada asek asek risau laki lambat balek atau bila laki nk balek cerai aje senang tk payah nk pikir2 lagi n nk kemana tkde yg larang hepening kannnn…anak angkat ada hepening ngan anak angkat lagiiiiiiiiiiiiiiiii bagos !!

    0

    0
  5. senahkeriting says:

    Betul ke fitnah ni erma? nk nafikan apa lagi sdgkan kt instagram awak tu org dh blh baca apa isi hati awak… bermadu itu manis tp sbnrnya amat PAHIT! apa2 pon terjadi slps ini semoga erma tabah menghadapi segala ujian~

    0

    0
  6. sally R says:

    tabahlah duhai hati yang sedang diuji oleh Allah s.w.t….

    0

    0
  7. […] Erma Fatima Nafi Mahu Minta Cerai Daripada Bade (9) […]

    0

    0
  8. […] anda, itu adalah ujian yang amat besar. Rumah tangga Erma Fatima dan Bade sebelum ini didakwa umpama retak menanti belah apabila suaminya itu berkahwin lagi, namun ternyata itu semua adalah dakwaan palsu semata-mata. […]

    0

    0