June 1st, 2014

Alhamdulillah. Seronok Abang Nara membaca pengakuan dan penjelasan daripada Erma Fatima mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Bade. Berkata kepada Pancaindera, Erma memaklumkan yang dia memberi restu dan mengizinkan perkahwinan tersebut. Menurut Erma, Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Erma.

bade kahwin lagi

Ditanya sama ada mengetahui mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Erma berkata:-

Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.

Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.

Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.

isteri kedua bade

Untuk makluman, Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran. Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor. Apa pun, tahniah buat Bade dan isteri barunya. Semoga berbahagia ke akhir hayat.


Comments are closed.

Loading...