Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Inilah Wajah Isteri Kedua Bade, Aida Abdul

Putih mulus, cantik menarik dan jelita menawan sungguh isteri kedua Bade yang bernama Aida Abdul ini. Berusia 30-an, Aida Abdul dan Bade telah bernikah pada April lalu dan majlis persandingan telah berlangsung di Cherating pada 27 Mei lalu. Turut hadir ialah Datuk Rosyam Noor dan isteri. Bade dan Aida nampak sama cantik sama padan di hari bahagia mereka.

aida abdul isteri bade

Advertisement

Menurut Bade, isteri pertamanya, Erma Fatima masih belum berkesempatan bertemu dengan madunya kerana berada di Sepanyol untuk penggambaran. Kata Bade menerusi Kosmo:

Ya, saya mengakui bahawa telah berkahwin buat kali kedua pada April lalu dan saya sangat bersyukur segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah saya dan dia (Aida Abdul) selamat diijabkabulkan dua bulan lalu dan majlis resepsi diadakan pada 27 Mei lalu di Cherating.

Mungkin sudah tertulis dia sememangnya jodoh saya. Ingin saya tekankan di sini saya baru sahaja mengenalinya dan tidak ada perkataan curang dengan Erma.

Saya tidak mahu kecoh dalam hal ini. Kalau ada orang tanya, saya akan menjawab dan saya akan mengakui bahawa saya telah berkahwin lagi. Saya tidak ada sebarang perkara yang hendak disembunyikan

Kita sudah pun membaca yang perkahwinan kedua Bade ini direstui oleh Erma Fatima. Jadi tiada erti kecurangan, kahwin senyap-senyap dan sebagainya. Semoga Bade berbahagia di samping isteri baru. Jangan lupakan tanggungjawab pada isteri pertama. Berlakulah seadil yang boleh. Apa pun, selamat pengantin baru buat Bade.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top