Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Elizabeth Tan Tiada Kaitan Dengan Isu Putus Tunang – Adira

Berita mengenai Adira yang sudah putus tunang bersama Presiden Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun cukup hebat diperkatakan, apatah lagi beberapa khabar angin mengatakan hubungan mereka putus di tengah jalan berpunca daripada kehadiran orang ketiga iaitu penyanyi Elizabeth Tan.

Advertisement

Ekoran gosip tersebut yang tersebar secara liar, Elizabeth dalam satu kenyataan memberitahu bahawa Shahrul yang terlebih dahulu menggoda beliau. Susulan pengakuan Elizabeth, Shahrul kemudian tampil memberikan kenyataan kepada media sekaligus menafikan wujudnya hubungan cinta antara mereka berdua. Namun, keadaan menjadi lebih rumit apabila Shahrul sendiri pernah mendakwa Adira hanyalah sebagai kawan wanitanya sahaja kepada Elizabeth sedangkan ketika itu mereka sudah bertunang.

Terbaru menerusi akhbar Kosmo, Adira menyatakan beliau tidak mahu  nama Elizabeth Tan terus dikaitkan dengan punca sebenar perpisahan bersama tunangnya dan menganggap perpisahan yang terjadi adalah ketentuan takdir meskipun mengakui hatinya masih kecewa dan tidak menyangka perkara seperti ini akan berlaku kepadanya.

Dia (Elizabeth) tiada kaitan dalam hal ini. Bagi saya, perpisahan ini adalah ketentuan Ilahi dan tiada siapa mampu menghalangnya. Setiap manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan. Inilah ujian dan ketentuan yang perlu saya terima.

Terus terang, saya ada menghubungi Elizabeth dan berborak dengannya supaya dia tidak rasa dirinya bersalah. Biarlah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran buat saya dan Shahrul.

Buat masa ini, Adira enggan memberikan sebarang komen mengenai punca sebenar beliau dan Shahrul putus tunang.

Advertisement

Maaf. Ia terlalu peribadi untuk dikongsikan. Lagipun saya mahu menjaga nama baik kedua-dua belah pihak. Saya tetap dengan pendirian untuk tidak mendedahkan punca sebenar keretakan hubungan kami walaupun ramai yang sudah membaca berita ini di laman sosial. Biarlah mereka sahaja yang buktikan asalkan bukan daripada mulut saya.

Bukan mudah untuk menerima hakikat bahawa impian yang dibina bersama insan tercinta akhirnya musnah. Apa-apapun lebih baik untuk Adira menghadapi kenyataan ini sebelum beliau mendirikan rumah tangga kelak. Kami mendoakan agar Adira diberikan kekuatan dan tabah dalam ujian hidup ini.

Sumber Berita: Kosmo

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top