June 26th, 2015

Elizabeth Tan. Memang bergetar iman melihat penyanyi lagu Knock Knock ini. Kalau tak kerana dalamnya cinta Abang Nara kepada anak bini, memang teringin juga diri ini mengorat Elizabeth Tan. Mungkin itu yang terjadi kepada Shahrul, tunang kepada Adira yang dimaklumkan telah ‘flirt’ dengan Elizabeth Tan. Tak boleh salahkan Shahrul. Lelaki mana yang tak jatuh hati melihat Elizabeth Tan. Bergelodak jiwa raga.
elizabeth tanPengakuan Elizabeth Tan tentang ‘flirt’ atau dalam bahasa Melayunya mengorat oleh Shahrul ini timbul selepas dirinya dikatakan menjadi punca putusnya pertunangan antara Shahrul dan Adira. Kata Elizabeth Tan:-

Shahrul sendiri yang memulakan langkah untuk mendekati saya ketika bekerjasama dalam satu penggambaran klip video. Masa saya mula-mula mengenali Shahrul, saya memang tak tahu dia sudah bertunang.

Malah daripada cara dia sendiri, dari awal pun memang dia nak mengorat. Jika ada orang nak salahkan saya, saya ada bukti yang dia flirt dengan saya and I’m not flirting back.

Saya dapat tahu dia sudah bertunang pun dari salah seorang jurusolek. Bila saya tahu situasi yang dia sudah bertunang dan nasihatkan demi kebaikan, Shahrul pernah kata – girlfriend je pun (merujuk kepada Adira). Jika saya salah, Adira sudah lama akan jumpa dengan saya

shahrul

Nampaknya cinta Shahrul kepada Adira tidak cukup dalam sehingga tergugat dengan kemunculan Elizabeth Tan. Namun kadangkala memang ada lelaki yang jenis ayat manis kepada semua kawan wanitanya. Mungkin Shahrul termasuk jenis itu. Hmmmm. Apa-apa pun, kita nantikan penjelasan Shahrul tentang kontroversi ini. Sumber RotiKaya.


Comments are closed.

Loading...