June 26th, 2015

Tidak mahu kontroversi yang melanda dirinya semakin buruk, Shahrul Nasrun tampil membuat pengakuan yang pertunangannya dengan Adira sudah pun berakhir beberapa bulan lalu. Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia ini juga turut memaklumkan yang dirinya tidak mengorat Elizabeth Tan sebaliknya hanya menjalinkan hubungan atas urusan kerja. Dakwaan Elizabeth yang menyatakan dirinya dingorat oleh Shahrul berkemungkinan besar adalah satu salah faham.

adira putus tunang

Kata Shahrul Nasrun:-

Saya sudah putus tunang beberapa bulan lalu dan ia terjadi kerana kami sudah tidak lagi sehaluan. Kami hanya merancang dan Tuhan yang menentukan. Saya akur dengan ketentuan itu.

Saya juga tidak boleh komen lebih kerana itu soal peribadi dan saya doakan semoga Adira berjaya dalam kerjaya dan doa saya yang terbaik untuk dirinya

Saya berhubung dengan Elizabeth atas urusan kerja, tidak lebih daripada itu. Tiada hal peribadi. Jika mahu kata saya mengorat, tidak mungkin. Ini kerana ramai lagi perempuan yang bekerja dengan saya dalam program dan kempen saya.

Bila bercakap mengenai soal kerja, saya mesra dengan semua orang, tidak kira lelaki atau pun perempuan. Tak salah sekiranya saya ambil berat bila melibatkan perbualan kerja. Dengan pekerja saya yang lain pun saya layan mereka dengan sama rata.

Saya tidak salahkan Elizabeth dalam hal ini. Saya faham situasi yang berlaku dan siapa yang tidak panik bila ada tuduhan sebegitu. Sesiapa pun yang dituduh menjadi punca keretakan hubungan orang lain akan cuba mempertahankan diri mereka, jadi saya tak tuding jari kepada dia. Kemungkinan wujudnya salah faham.

adira putus tunang

Sedih juga mendengar berita putusnya pertunangan Shahrul dan Adira ini. Kedua-duanya nampak sama cantik sama padan. Malah kedua-duanya telah menjalin hubungan yang begitu lama. Inilah yang dinamakan tiada jodoh. Diharap punca putusnya pertunangan mereka bukanlah kerana kecurangan salah satu pihak. Biarlah kerana ia tiada persefahaman. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat Shahrul dan Adira. Yang penting, Elizabeth Tan masih solo!!! Sumber Murai.


Comments are closed.

Loading...