Nama seorang lelaki dikenali sebagai Rosmaini sekali lagi menjadi perhatian selepas timbul dakwaan baharu yang mengaitkannya dengan satu lagi kes keganasan rumah tangga.
Sebelum ini, Rosmaini pernah dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan kecederaan parah sehingga koma terhadap bekas isteri ketiganya yang hamil, Jahidah Nordin, pada Mei 2021.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Johor Bahru membenarkan penangguhan hukuman tersebut.
Terbaharu, Rosmaini didakwa sekali lagi terlibat dalam kes pukul isteri, kali ini melibatkan wanita yang baru dikahwininya di Thailand pada Disember 2025.
Mangsa dilaporkan dipukul menggunakan beberapa objek seperti penyangkut baju, getah paip, batang besi langsir dan batang penyapu sehingga mengalami keguguran.
Tidak tahan melihat situasi tersebut, adik kepada Jahidah tampil bersuara di media sosial dengan mendedahkan pelbagai dakwaan terhadap bekas abang iparnya itu.
Menurutnya, Rosmaini didakwa seorang yang licik dan cuba menyembunyikan kejadian sebenar daripada pengetahuan keluarga dengan mengelak komunikasi secara bertulis.
Selain itu, beliau turut membuat dakwaan bahawa Rosmaini “tidak kosong” dan dipercayai menggunakan sesuatu yang dikaitkan dengan unsur mistik.
Setakat ini, dakwaan yang tular di media sosial itu masih belum disahkan oleh pihak berkuasa.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
