Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Dayana Belum Hamil Lagi – Ashraf Muslim

Nampaknya telahan dan tekaan Abang Nara mengenai kehamilan isteri pertama Ashraf Muslim iaitu Dayana Lokman salah sama sekali. Kalau sebelum ini ada gambar percutian mereka bertiga di Bandung yang seolah-olah menampakkan ‘baby bump’ Dayana, ternyata ia adalah bukan seperti yang diharapkan. Perkara ini telah disahkan oleh Ashraf Muslim sendiri.

ashraf muslim

Advertisement

Ashraf Muslim juga turut mengambil kesempatan untuk menjawab kritikan yang diterima oleh isteri-isterinya apabila mereka berkongsi gambar keluarga di Instagram ketika percutian ke Bandung. Kata Ashraf Muslim menerusi Media Hiburan:-

Isteri saya, Dayana belum hamil lagi. Doakan sahaja. Pada saya blog-blog hiburan yang ada sekarang ini senang sahaja buat cerita. Itu yang dinamakan fitnah bila menyebarkan sesuatu yang tidak benar.

Saya pun tak faham apa yang salahnya gambar-gambar tersebut. Takkan kedudukan isteri pertama dan kedua yang diambil juga menjadi satu masalah? Untuk tidak membiarkan hal tersebut menjadi cakap-cakap orang, saya menasihati mereka agar tidak memuat naik lagi gambar-gambar bersama. Dari gambar juga boleh menimbulkan fitnah.

Bila sudah jadi macam ni, saya tegur mereka. Dan nampaknya mereka faham dan dengar. Kalau ada pun yang dimuat naik adalah gambar masing-masing

ashraf muslim

Apa pun Abang Nara ingin memohon maaf kerana membuat telahan yang silap mengenai kehamilan Dayana. Bukannya nak fitnah tetapi sebenarnya tak sabar, berdoa dan berharap agar Dayana juga turut dikurniakan cahaya mata sendiri. Maaf kalau tersalah sangka sehingga menyebabkan Ashraf Muslim menganggap ia satu fitnah. Semoga di masa hadapan akan ada berita baik mengenai kehamilan Dayana. Sama-samalah kita doakan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top