August 19th, 2014

Seronoknya melihat kegembiraan yang terpancar di wajah keluarga Ashraf Muslim ini. Memang tak salah untuk Abang Nara katakan yang Ashraf Muslim telah berjaya menghapuskan stigma masyarakat mengenai poligami. Kalau sebelum ini kita sering membayangkan isteri-isteri yang bermadu hidup bermusuhan, tidak bertegur sapa dan saling membenci, kemesraan yang ditunjukkan Dayana dan Wan Sakinah jelas membuktikan yang madu itu manis jika kena caranya. Kepada Ashraf Muslim, Abang Nara respek anda.

keluarga ashraf muslim

Keadilan yang ditunjukkan oleh Ashraf Muslim terbukti apabila kedua-dua isterinya mendapat beg yang sama untuk dibawa ke Bandung. Agak kelakar apabila Ashraf Muslim menulis ‘pergi kosong, balik penuh’. Hehehe. Shopping sakan nampaknya Dayana dan Wan Sakinah. Abang Nara suka tengok mereka berdua. Memang jelas keakraban mereka seperti ‘best friend’. Semoga kekal sebegini hingga akhir hayat.
keluarga ashraf muslim

Kalau anda perhatikan betul-betul, nampak Dayana memang seperti sedang mengandung kan? Walaupun belum mengesahkan berita kehamilannya, sama-samalah kita doakan agar keluarga Ashraf Muslim akan bertambah tahun ini dengan kehadiran cahaya mata dari Dayana pula. Seronok tengok mereka semua. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Keep calm and wear hijab yang membuatkan darah naik

keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim
keluarga ashraf muslim


Comments are closed.

Loading...