Kecoh satu Malaysia tentang penahanan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman yang didakwa mengedar dadah. Selain Raihan dan Wardina, rakan selebriti Hafiz Hamidun turut tampil menceritakan pengalamannya bekerjasama bersama Yasin suatu ketika dahulu.
Menurut mStar, Hafiz, 38, berkata dia tahu bahawa Yasin berdepan masalah kesihatan dan sudah lama menderita penyakit bipolar.
Saya simpati dengan nasib yang berlaku kepada Yasin sekarang ini, Kita tidak boleh faham dengan apa yang dia lalui selama ini.”
Bagaimanapun menurut Hafis dia tidaklah menyokong tindakan yang dilakukan sehingga ditahan pihak berkuasa.”
Hafiz turut berkongsi kejadian di mana Yasin mengamuk ketika berada di studio rakaman miliknya sekitar 2018. Menurutnya, kerana insiden tersebut Yasin berulang kali meminta maaf setiap kali bertemu.
Dia datang ke studio dan terus marah-marah sehingga mengeluarkan kata-kata kesat.
Namun begitu, Hafiz akui tidak menyimpan dendam kerana tahu tentang masalah kesihatannya.