“Tak Adil, Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa” – Raihan Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin

Hiburan

“Tak Adil, Penyanyi Nasyid Juga Manusia Biasa” – Raihan Minta Jangan Cepat Jatuh Hukum Pada Yasin

Susulan penahanan penyanyi nasyid, Yasin Sulaiman semalam atas dakwaan mengedar ganja, kumpulan nasyid popular iaitu Raihan memohon agar orang ramai tidak cepat menilai serta menghakiminya.

Sudah anggap Yasin sebagai rakan baik, salah seorang anggota kumpulan Raihan, Abu Bakar Mohd Yatim berkata tidak adil membuat tafsiran sendiri sedangkan tidak tahu hal sebenar yang dilalui oleh komposer tersebut.

Advertisement

Raihan yang ditemui oleh pihak Gempak di majlis pelancaran video muzik khas The Sunnah The Better turut berkata, semasa kali pertama mendengar berita ini, mereka tidak melulu menilai Yasin.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Raihan Nasheed (@raihaninternational)

Dalam pada masa yang sama, kumpulan nasyid itu merasakan tidak adil untuk orang ramai berpendapat semua penyanyi nasyid bermasalah, kerana mereka juga merupakan manusia biasa yang melakukan kesilapan.

Tambahan lagi, mereka meminta untuk netizen bersangka baik pada penyanyi itu atas kerana beliau berpenyakit dan mendoakan agar Allah SWT sentiasa memimpinnya untuk hadapi masalah ini.

Sekadar info, pada Khamis, Yasin yang juga merupakan anggota kumpulan The Brothers telah didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor dan berdepan dengan hukuman gantung mandatori mengikut Seksyen 39B Dadah Berbahaya 1952 jika terbukti bersalah.

Yasin
2 years ago

"Kirim Salam YB Syed Sadiq.." - Yassin Sulaiman Berdepan Hukuman Mati Berikutan 'Ladang Mini' Pokok Ganja

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...