Dakwa Dilayan Dengan ‘Hina’ Oleh Anggota Rela Gara-Gara OKU , Abiejam Dikecam Netizen – “Akak Tu Cuma Buat Kerja”

Kehidupan

Dakwa Dilayan Dengan ‘Hina’ Oleh Anggota Rela Gara-Gara OKU , Abiejam Dikecam Netizen – “Akak Tu Cuma Buat Kerja”

Abang kepada pempengaruh Siti Jamumall, Abiejam sekali lagi menjadi perhatian selepas didakwa bertelingkah dengan seorang anggota RELA ketika mahu menghadiri sebuah acara food festival baru-baru ini.

Menerusi video yang tular, seorang anggota RELA wanita dilihat menolak penghadang dengan cara menendang sambil menjelaskan bahawa penghadang tersebut berat. Anggota RELA itu juga menafikan dakwaan bahawa dia memarahi Abiejam.

Advertisement

Bagaimanapun, kedua-dua mereka dilihat seperti bertelingkah antara satu sama lain, manakala Abiejam mendakwa anggota RELA tersebut seolah-olah menghina dirinya sebagai seorang lelaki OKU.

Berdasarkan pemerhatian, video berkenaan dipercayai sudah dipadamkan daripada platform asal di TikTok. Namun, rakaman tersebut kemudian tular di Threads dan mengundang kecaman orang ramai terhadap tindakan pempengaruh serta usahawan itu.

ajdf

Susulan kecaman hebat yang diterima, Abiejam tampil memberikan respons menerusi TikTok miliknya selain menceritakan situasi sebenar yang berlaku.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

hj
2026-05-12 18:58:59

"Mak Bapak Jangan Ikut Trend Sangat" - Anak Terbiar, Guru SJKC Dedah Realiti Sebenar

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads