“Mak Bapak Jangan Ikut Trend Sangat” – Anak Terbiar, Guru SJKC Dedah Realiti Sebenar

Kehidupan

“Mak Bapak Jangan Ikut Trend Sangat” – Anak Terbiar, Guru SJKC Dedah Realiti Sebenar

Seorang guru di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) mencetuskan perdebatan dalam talian selepas mendakwa ramai pelajar Melayu di sekolah tersebut menghadapi masalah akademik disebabkan kurangnya penglibatan ibu bapa di rumah.

Menurut laporan mStar, semakin ramai ibu bapa di Malaysia khususnya orang Melayu memilih menghantar anak ke SJKC dengan harapan anak mereka dapat menguasai bahasa Mandarin.

Advertisement

Namun menurut guru tersebut, sekadar menghantar anak ke SJKC sahaja tidak mencukupi tanpa sokongan pembelajaran di rumah.

“Tak guna hantar anak ke SJKC kalau ibu bapa tak bantu”

Menurut guru itu, ramai ibu bapa mengharapkan pihak sekolah dan guru menguruskan semuanya tanpa membantu anak-anak belajar di luar waktu kelas.

jj

“Tak guna hantar anak ke SJKC kalau awak langsung tak pernah semak kerja sekolah anak,” katanya.

Guru tersebut mendakwa kebanyakan pelajar Melayu di sekolah itu lemah dalam subjek seperti Bahasa Cina, Matematik, Sains, Sejarah dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) kerana kebanyakan subjek berkenaan melibatkan penggunaan bahasa dan tulisan Cina.

Tambahnya lagi, pelajar biasanya hanya menunjukkan prestasi lebih baik dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Pendidikan Islam kerana subjek tersebut tidak menggunakan tulisan Cina.

“Ibu bapa okay ke tengok anak dapat keputusan lemah dari Tahun Satu sampai Tahun Enam?” soalnya.

Guru itu turut mempersoalkan bagaimana pelajar yang mempunyai keputusan akademik lemah mampu bersaing untuk memasuki sekolah menengah yang baik pada masa akan datang.

“Macam mana mereka nak masuk sekolah menengah yang bagus kalau keputusan tak baik?” katanya lagi.

Malah, guru tersebut berpendapat sesetengah pelajar mungkin sebenarnya mampu memperoleh keputusan lebih baik sekiranya belajar di Sekolah Kebangsaan.

“Awak sedar tak mungkin anak-anak boleh dapat keputusan lebih baik kalau masuk Sekolah Kebangsaan?” ujarnya.

Dalam masa sama, guru itu menegaskan penguasaan bahasa Mandarin masih boleh dipertingkatkan melalui kelas tuisyen luar tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada pembelajaran di SJKC.

“Awak ingat cikgu Bahasa Cina nak perlahan dan tunggu anak awak? Kalau tertinggal, memang akan terus tertinggal. Ambil tuisyen Bahasa Cina di luar pun sebenarnya sudah mencukupi,” tambahnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jo ghazali
2026-05-12 12:21:44

"Aku Tak Berapa Suka Orang Gemuk" - Johan Ghazali Kongsi Pandangan Tentang Obesiti

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar