Ketika Bukit Bintang meriah dengan penganjuran Festival Rain Wave Music 2026, negara jiran, Singapura pula mencuri perhatian apabila menampilkan persembahan dikir barat yang sinonim dengan budaya Pantai Timur.
Menerusi perkongsian di TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai Nadya Salyriana memuji persembahan tersebut yang lebih menarik apabila dinyanyikan dalam dialek Kelantan.
“Persembahan dikir barat di Singapura dengan dialek Kelantan. Yang ni baru betul, bukan buat event simbah air,” tulis pengguna tersebut.
Difahamkan, persembahan itu diadakan di Kampong Glam, Singapura, namun tidak dapat dipastikan tarikh sebenar acara tersebut berlangsung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji usaha pihak penganjur yang berjaya membawa elemen budaya Melayu ke Singapura.
Seorang pengguna dikenali sebagai Ayu_akashah turut meninggalkan komen dengan membandingkan acara tersebut dengan penganjuran hiburan di Malaysia.
“Singapura negara bukan Islam buat pertunjukkan Melayu, Malaysia negara Islam buat pertunjukan telen (Thailand),” komen Ayu_akashah.
Turut menarik perhatian, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Puanseroja11 berpendapat pelancong lazimnya mahu melihat budaya dan adat resam tempatan, bukan sekadar pesta hiburan.
“Pelancong tu datang nak tengok budaya adat resam orang Timur bukan nak tengok pesta hiburan macam tu kalau hiburan tempat depa pun banyak,” katanya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
