“Bonda Jatuh Sakit Setiap Kali Kami Keluar Kerja” – Anak Norish Karman Nafi Pemalas, Dakwa Diganggu ‘Sesuatu’

Hiburan

“Bonda Jatuh Sakit Setiap Kali Kami Keluar Kerja” – Anak Norish Karman Nafi Pemalas, Dakwa Diganggu ‘Sesuatu’

Kontroversi melibatkan pelakon veteran Norish Karman dan anak-anaknya terus menjadi topik perbualan hangat. Selepas dikecam hebat oleh netizen, anak-anak Norish akhirnya tampil membela diri mereka.

Anak ketiga Norish, Nur Hanyz Amanda, menjelaskan bahawa keadaan kesihatan ibunya sering terganggu setiap kali mereka cuba keluar bekerja, dan dia percaya hal tersebut ada kaitan dengan unsur mistik. Amanda menegaskan bahawa dia bukan seperti yang digambarkan oleh netizen yang menganggap mereka pemalas dan tidak mahu bekerja.

Advertisement

“Pertamanya, bila kami hidup senang? Macam mana mereka lebih tahu daripada saya? Mereka suruh saya pergi kerja kilang, saya pernah cuba. Bekerja sambilan di kafe pun saya dah pernah cuba. Saya sudah buat segala-gala yang termampu untuk mendapatkan pendapatan tambahan. Tetapi, setiap kali saya bekerja, bonda sakit, ada sahaja orang dengki hantar sesuatu,” ujar Amanda.

Amanda juga mengakui bahawa dia sering menerima mesej-mesej hinaan di media sosial yang menuduh mereka tidak berusaha. Namun, dia menegaskan bahawa dia telah mencuba pelbagai pekerjaan, termasuk kerja kilang dan pembantu kafe, demi membantu keluarga, tetapi keadaan kesihatan ibunya sering kali menghalang.

Selain itu, Amanda turut menafikan dakwaan bahawa mereka menerima elaun sebanyak RM700 seminggu daripada bapa mereka.

Anak sulung Norish, Muhammad Haqiem Amany, turut memberikan penjelasan dengan berkata bahawa dia sudah mula bekerja sejak zaman sekolah untuk membantu keluarga. Haqiem juga menyatakan bahawa hampir 90 peratus daripada gajinya disalurkan untuk kegunaan keluarga.

Norish Karman sendiri mengakui bahawa pengorbanan anak sulungnya itu sangat besar dan memberi sokongan kepada usaha-usaha Haqiem dalam membantu keluarga mereka.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-04-25 09:41:39

Ruhainies Tampil Pertahan Diri Susulan Kes Khalwat Aliff Aziz Diungkit Netizen - "Sampai Bila Nak Tipu Netizen?"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...