Beri Cikgu Kuih Ros Patah, Pelajar Menyorok Belakang Tiang Kerana Malu – “Hadiah Ini Yang Paling Saya Ingat”

Kehidupan

Beri Cikgu Kuih Ros Patah, Pelajar Menyorok Belakang Tiang Kerana Malu – “Hadiah Ini Yang Paling Saya Ingat”

Bulan Mei bukan sahaja meriah dengan sambutan Hari Ibu, tetapi turut menjadi bulan untuk meraikan insan bergelar pendidik sempena Hari Guru.

Baru-baru ini, tular satu perkongsian menyentuh hati daripada seorang guru dikenali sebagai Cikgu Ali menerusi Threads, apabila dia berkongsi kisah hadiah paling bermakna pernah diterimanya.

Advertisement

Bukan hadiah mahal atau jambangan bunga mewah, sebaliknya hanya sebungkus kuih tradisional yang dibalut kemas oleh seorang anak muridnya.

kuih ros patah

Walaupun cuma sekeping kuih ros yang sedikit patah, usaha dan keikhlasan murid tersebut membuatkan Cikgu Ali sebak setiap kali mengenangkannya.

“Ini adalah hadiah Hari Guru yang paling buat saya bergenang air mata setiap kali teringat. Waktu ini dia selalu tanya cikgu dah buka ke belum.

“Kebetulan hari itu sibuk di sekolah jadi malam baru saya buka. Effort dia lukis bintang and wrap makanan itu elok-elok.

“Waktu ini juga dia menyorok belakang tiang tak silap sebab malu tak sama dengan hadiah orang lain. Tapi dia tak tahu inilah yang salah satunya cikgu dia paling ingat paling simpan gambar ini,” ungkap cikgu Ali.

Lebih menyentuh hati, pelajar sekolah menengah itu dikatakan menyorok di belakang tiang kerana malu hadiahnya tidak sama seperti pemberian rakan-rakan lain.

d

kuih ros

Namun tanpa disedari, pemberian ringkas itulah antara hadiah yang paling diingati dan disimpan dalam kenangan oleh gurunya.

Sebagai membalas keikhlasan itu, Cikgu Ali menyediakan kek batik untuk pelajar berkenaan dan rakan sekelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya mengakui sebak membaca kisah berkenaan.

Rata-rata netizen menyifatkan murid itu sebagai anak yang luar biasa kerana tidak meminta-minta daripada ibu bapa, sebaliknya berusaha sendiri untuk menghargai gurunya dengan cara yang termampu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

dfs
2026-05-14 16:24:07

"Tak Tahu, Mungkin Penyamar" - M. Nasir Nafi Dirinya Tuan Badan Yang Rajin Reply Komen Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads