Bercerai Bukan Petanda Hidup Saya Musnah – Elly Mazlein

Hiburan

Bercerai Bukan Petanda Hidup Saya Musnah – Elly Mazlein

Berita Elly Mazlein bercerai nyata mengejutkan ramai pihak, lebih-lebih lagi ia diumumkan sebaik sahaja beliau selamat melahirkan cahaya matanya Putri Sefhia Zara.

Kini setelah 8 bulan berpisah dengan bekas suaminya, Azmi Hatta, Elly tidak mahu lagi mengenangkan segala dukanya dan mahu semua kenangan pahit kerana perasaan cinta dan sayang beliau sudah terkubur buat selamanya.

Advertisement

Buat Elly, beliau tidak merasa menyesal dan menerima segala ketentuan takdir buat dirinya. Penceraian bukan bermakna hidupnya akan musnah.

Pengubat lukanya adalah setiap kali beliau melihat wajah anak kecilnya itu yang juga menjadi semangat untuk beliau menempuh kehidupan dan ujian yang mendatang.

Saya pasrah dengan takdir. Yang terjadi dalam hidup saya selama ini adalah bahagian saya. Saya reda dan tidak pernah menyesal

Sebaliknya saya menganggap keadaan yang sedang dijalani ini adalah petanda buat saya untuk menjadi wanita yang lebih matang. Perceraian dengan bekas suami bukan petanda kehidupan saya musnah. Sebaliknya adalah harapan buat saya untuk menjadi wanita lebih dewasa.

Tambah Elly, jika beliau terlalu meratapi nasib dan bersedih, tiada masalah yang akan dapat diselesaikan meskipun bercerai adalah perkara yang paling digeruni oleh setiap wanita.

Perceraian adalah satu perkara yang tidak diingini oleh wanita yang sudah berumah tangga. Tapi jika perkara itu berlaku, adakah kita perlu berterusan meratapi nasib sebegitu?  Takkanlah kita nak berendam air mata, merapati suratan hidup selama-lamanya.

Keadaan sebegitu tidak akan dapat menyelesaikan masalah. Oleh sebab itu, saya mengambil pendekatan positif dalam hal ini. Demi masa depan, saya perlu berkorban mengetepikan perasaan kecewa saya. Itu adalah jalan penyelesaian yang terbaik.

Pada masa yang sama beliau juga menafikan dakwaan sesetengah pihak yang Elly cuba untuk menagih simpati dengan menjaja kisah penceraian beliau.

Berbicara mengenai gosip yang mengatakan Faye Kusairi punca beliau bercerai, Elly bagaimanapun enggan memberikan komen lanjut dan tidak mahu dikaitkan dengan cerita murahan seperti itu.

Dalam hal ini saya tutup mulut. Tiada yang hendak diperkatakan lagi. Kisah antara saya dan bekas suami dah jadi lipatan sejarah. Kami juga sudah membuat haluan masing-masing.

Bukan mudah untuk memegang status janda dan bergelar ibu tunggal, pelbagai ujian yang melanda untuk menguji ketabahan hati, namun kami tetap mendoakan agar Elly Mazlein dapat menempuhi kehidupan bersama anaknya dengan baik.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...