April 7th, 2016

Bila Elly Mazlein bercerai bersama Azmi Hatta, timbul khabar angin mengatakan punca mereka berpisah kerana Faye Kusairi yang menjalinkan hubungan bersama Azmi. Malah, ada yang mendakwa Elly turut membuat tuduhan tersebut dalam laporan sebuah akhbar.

Berang dengan apa yang berlaku sehingga beliau menerima tomahan dan cacian daripada masyarakat, Faye telah meminta Elly untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam masa dua bulan sekiranya mahu mengelak tindakan saman.

Advertisement

Terbaru, Elly menerusi portal mStar Online tidak mahu berbicara mengenai permintaan Faye itu. Namun, beliau bersedia ke mahkamah jika dipanggil bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Saya tidak mahu komen apa-apa, sekiranya dijemput, saya akan pergi saja ke mahkamah.

Sementara itu, Faye yang dihubungi sama ada beliau ingin meneruskan atau tidak tindakan saman jika Elly tidak berbuat demikian, Faye berkata dia enggan memberi sebarang komen atas nasihat peguam.

Saya tidak boleh beri sebarang komen tentang perkara berkaitan isu itu. Tempoh tersebut ialah dua bulan dalam masa itu apa-apa juga boleh terjadi.


Erm, macam-macam dugaan Elly Mazlein. Sudah lah bercerai ketika hamil, baru hendak bahagia dengan kehadiran cahaya mata, tiba-tiba ada isu sebegini pula. Pada kami kalau benar Faye tidak bersalah, beliau tidak perlu cepat melatah dan membawa kes ini ke mahkamah. Hmmph..

Sumber Berita : mStar Online

Advertisement

Comments are closed.

Loading...