Elly Mazlein Sahkan Sudah Bercerai Tahun Lalu

Hiburan

Elly Mazlein Sahkan Sudah Bercerai Tahun Lalu

Siapa sangka disebalik kegembiraan berita dimana Elly Mazlein sudah mendapat cahaya mata semalam, hari ini beliau mengesahkan sudah bercerai bersama suami Azmi Hatta dengan talak satu sekitar tahun lalu.

Elly menerusi portal Harian Metro memohon maaf kepada semua pihak kerana tidak memberitahu perkara berkenaan lebih awal.

Advertisement

Cukup untuk saya beritahu, saya dan Azmi bukan lagi suami isteri. Saya mohon maaf kerana tidak dapat berkongsi lebih lanjut berkenaan perkara itu.

Sudah tiba masanya saya memaklumkan perkara ini memandangkan saya sudah selamat bersalin. Jadi, tidak perlu lagi timbul sebarang spekulasi berkenaan hubungan kami selama ini.

Nyata satu perkara yang amat mengejutkan, Elly bagaimanapun tidak mahu mendedahkan punca beliau dan suami berpisah. Ini kerana Elly masih mempunyai perasaan hormat kepada  Azmi sebagai bekas suaminya.

Saya perlu kuat berdepan semua ini. Saya tidak mahu menjadikan perkara itu sebagai penghalang untuk saya meneruskan hidup.

Saya tetap tidak akan bercerita punca perceraian kerana masih menghormatinya sebagai bekas suami. Apatah lagi, dia pernah menjadi insan tersayang dalam hidup saya. Kalau saya menjaga aibnya, saya percaya Allah SWT juga menjaga aib saya. Jadi, saya tidak mahu timbul sebarang masalah selepas ini.

Elly Mazlein dan Azmi Hatta mendirikan rumah tangga pada 9 November 2014 .Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak perempuan yang baru sahaja dilahirkan beberapa hari lalu.

Ermm, sedih juga baca berita ini. Anak baru dilahirkan tetapi ibu bapa pula sudah berpisah. Apa-apapun kami harap Elly kekal bertabah.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...