Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH) Elly Mazlein Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon serta penyanyi Elly Mazlein yang kini sudah bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan seberat 2.5 kilogram pada jam 6.30 petang semalam.

Advertisement

Elly bersalin secara normal di sebuah hospital di Kuala Lumpur dan ditemani oleh suami tercinta sepanjang proses bersalin.

Untuk pengetahuan anda, Elly bersalin dua minggu lebih awal daripada tarikh yang dijangkakan iaitu sekitar penghujung bulan ini.

Alhamdulillah, saya selamat bersalin secara normal. Anak juga dalam keadaan sihat. Suami menemani saya pergi membuat pemeriksaan. Dalam masa sama doktor memberitahu rahim sudah terbuka 2 sentimeter. Disebabkan itu saya terus dimasukkan ke wad.

Berita gembira itu juga sempat dikongsikan oleh Elly menerusi akaun Instagram miliknya. Buat masa ini, Elly masih belum mendedahkan wajah serta nama anaknya dan mahu tunggu selepas anaknya itu berusia 7 hari.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top