Azar Azmi Perjelas Isu Jadi ‘Perampas’ Suami Orang, Nafi Jaga Kesemua 7 Anak Tiri – “Mak Kandung Mereka Masih Hidup Lagi”

Hiburan

Azar Azmi Perjelas Isu Jadi ‘Perampas’ Suami Orang, Nafi Jaga Kesemua 7 Anak Tiri – “Mak Kandung Mereka Masih Hidup Lagi”

Pelakon Azar Azmi tampil mempertahankan diri susulan dakwaan tidak berasas yang mengaitkannya sebagai perampas serta kekeliruan mengenai tanggungjawab terhadap anak-anak tiri.

Menurut Azar, dia tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya menjaga kesemua anak tiri seperti yang tular di media sosial. Sebaliknya, kesemua anak tersebut berada di bawah jagaan ibu kandung masing-masing.

Advertisement

Abang Siti Jamumall Tuntut Wang Dari Azar Azmi – “Kau Pernah Ada Hutang Dengan Aku, Hutang Tetap Hutang”

“Ya semua anak tiri ada dengan ibu mereka. Lagipun, siapa yang keluarkan kenyataan yang cakap saya jaga mereka semua? Tidak.”

“Anak tiri semua dibawah tanggungan ibu kandung mereka sendiri. Yang saya jaga hanyalah anak saya sendiri. Ibi mereka masih ada, buat apa saya nak kena jaga.”

Beliau berkongsi penjelasan itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima, Khamis lalu.

Dalam masa sama, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan keretakan rumah tangga suaminya, Mohd Apri Hazreen dengan bekas isteri.

Jelasnya, perkenalan mereka berlaku selepas suaminya sah bercerai, malah hubungan itu tidak melalui fasa percintaan sebelum kedua-duanya bersetuju untuk berkahwin pada tahun 2021.

“Saya memang kenal suami saya selepas mereka berpisah. Saya dan suami pun tidak pernah bercinta sebab dia terus berseloroh mahu berkahwin dengan saya. Kemudian perkara itu menjadi serius.”

“Kami bernikah pada tahun 2021 dan sekarang ini mempunyai dua cahaya mata lelaki berumur tiga dan empat tahun.”

Tambah Azar, dia tidak terlalu mengambil serius pandangan negatif segelintir pihak kerana percaya hanya individu yang mengenali dirinya akan memahami keadaan sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

abiejam
2026-04-16 11:38:39

Abang Siti Jamumall Tuntut Wang Dari Azar Azmi - "Kau Pernah Ada Hutang Dengan Aku, Hutang Tetap Hutang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...