“Azam Baki Ugut Saya Jangan Dedah Skandal Rasuah Sabah” – Albert Tei

Berita

“Azam Baki Ugut Saya Jangan Dedah Skandal Rasuah Sabah” – Albert Tei

Ahli perniagaan, Albert Tei mendakwa bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Azam Baki pernah mengugut, menghalang dan menganiayanya ketika beliau cuba mendedahkan dakwaan skandal rasuah membabitkan beberapa ahli politik berprofil tinggi di Sabah.

Menurut Albert, kejadian itu didakwa berlaku pada November 2024 ketika beliau mahu membuat aduan rasmi kepada SPRM berhubung dakwaan skandal berkenaan.

Advertisement

alber tei

Katanya, beliau ketika itu tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang terhadap tindakan balas memandangkan Azam masih memegang jawatan sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan mempunyai pengaruh besar.

“Saya mengesahkan individu yang mengugut, menghalang dan menganiaya saya ketika mahu mendedahkan skandal rasuah di Sabah ialah Tan Sri Azam Baki.

“Saya bukan bercakap kosong kerana saya mempunyai bukti termasuk rekod komunikasi dan senarai saksi yang mengetahui perkara ini,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

Albert turut mendakwa Azam pernah menghubungi peguamnya dan memberi amaran bahawa beliau akan menjadi individu pertama yang ditangkap sekiranya meneruskan pendedahan tersebut.

Menurutnya lagi, Azam juga didakwa menasihatkan beliau supaya bercuti ke luar negara selama dua minggu dan memaklumkan kepada media bahawa isu itu hanyalah satu salah faham.

aSumber : BERNAMA  

Albert turut mendakwa beberapa ahli politik Sabah pernah menawarkan untuk memulangkan semula wang terlibat, manakala Azam Baki didakwa meminta jaminan agar isu itu tidak lagi dibangkitkan sekiranya wang dipulangkan.

Beliau juga mendakwa Azam mencadangkan SPRM mengeluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan dirujuk kepada pendakwaan sebelum kes diklasifikasikan sebagai NFA.

“Azam Baki minta satu surat jaminan daripada peguam saya bahawa saya tidak akan bangkit lagi isu ini.

“Beliau menasihatkan supaya jangan keluar sebarang kenyataan. SPRM akan keluarkan kenyataan bahawa kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya dan pendakwa raya akan NFA-kan kes ini.

Beliau turut menggesa Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu mengambil tindakan segera termasuk memanggil Azam untuk disiasat. – KOSMO

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ds
2026-05-13 10:41:17

Larang Sambutan Hari Guru Diadakan, Ini Penjelasan Penuh JAIS - "Disarankan Untuk Berbelanja Dengan Berhemah.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.