Usahawan sensasi, Rose Azlina Rosli tampil mempertahankan diri susulan kenyataan adiknya, Liana Rosli berhubung isu melibatkan anak-anaknya yang kini masih dalam siasatan polis.
Menurut Kak Nona, tindakan adiknya memberi kenyataan kepada media hanya memburukkan keadaan. Malah, beliau mendedahkan telah mengambil tindakan undang-undang dengan menghantar surat tuntutan (LOD) kepada bekas suaminya, Mazylan Edy Abdul Manap dan Kak KM.
“Saya sudah hantar LOD kepada kedua-dua mereka. Dah seminggu saya cuba sampaikan tapi masing-masing mengelak dan menipu.”
“Kak KM siap kata dia di Jepun tapi LOD itu tetap sampai melalui WhatsApp dan email. Saya tahu dia sudah sedar tentang LOD itu,” katanya.
Tambahnya lagi, tindakan undang-undang itu diambil bagi menghentikan penyebaran isu yang didakwa semakin tular sehingga mencetuskan persepsi negatif.
“Saya terpaksa guna peguam untuk hentikan semua ini sebab dah melampau viral. Apa bekas suami saya buat, dia repost sampai berjuta orang tengok,” jelasnya.
Dalam masa sama, Kak Nona menegaskan agar Kak KM tidak mencampuri urusan peribadinya, khususnya berkaitan anak-anak.
Kak KM Tak Jemput Kak Nona Ke Rumah Terbuka – “Ada Sebab, Dah Jadi Kes Polis”
“Dia jangan nak menambah tomahan, jangan masuk campur urusan peribadi saya! Kau mind your own business. Anak aku, aku urus bukan kau!”
“Kalau betul simpati, bukan dengan cerita atau hebahkan kepada media. Jangan nak tunjuk jadi pelindung sedangkan saya masih ada,” ujarnya.
Menurutnya, kenyataan tersebut turut memberi kesan kepada reputasi diri dan perniagaannya apabila orang ramai mula membuat pelbagai spekulasi.
Mengulas isu jemputan rumah terbuka, Kak Nona berkata dia tidak berkecil hati walaupun tidak dijemput, namun kesal apabila perkara itu diperbesarkan.
“Saya tak kisah pun tak dijemput tapi buat apa nak gembar-gemburkan. Memang tak ingin saya pergi!”
“Sudahlah kurang ajar dengan saya, dah tiada kak panggil Nona-Nona saja sekarang,” luahnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
