Amyra Rosli Nafi Ada Hubungan Dengan Shah Jaszle

Hiburan

Amyra Rosli Nafi Ada Hubungan Dengan Shah Jaszle

Amyra Rosli baru-baru ini tak jadi kahwin dengan Dazrin Kamaruddin. Shah Jaszle pula pula putuskan pertunangan dengan Putri dan umum ada kekasih baru. Secara logik, macam tak masuk akal kalau tiba-tiba dua manusia ini bercinta. Namun itulah desas-desus yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini. Gosip perhubungan ini timbul gara-gara lakonan mereka berdua di dalam drama Kristal Maya.

amyra rosli

Advertisement

Namun hari ini menerusi Harian Metro, Amyra Rosli tampil menafikan desas-desus tersebut. Menurut Amyra, selepas tamat penggambaran drama tersebut, dia tidak pernah berhubung dengan Shah Jaszle. Kata Amyra:-

Ini bukan kali pertama saya dikaitkan dengan perkara ini. Saya nak tegaskan kami tak ada apa-apa hubungan langsung. Perkara ini tak sepatutnya timbul.

Bagi saya itu benda sudah lepas. Manalah saya ada berhubung dengan dia selepas penggambaran drama itu tamat sebab kami hanya bercakap pun sebagai pelakon di lokasi sahaja. Tak ada apa yang lebih daripada itu pun, percayalah.

Malah kami pun hanya bertegur sapa di lokasi biasa-biasa saja jadi tak mungkin nak ada hubungan yang lebih-lebih macam diperkatakan. Saya berani sahkan memang tak ada apa-apa berlaku antara kami.

shah jaszlePastinya kekasih Shah Jaszle yang bernama Hanis boleh menarik nafas lega mendengar pengakuan daripada Amyra Rosli ini. Mesti Hanis sebenarnya cuak juga mendengar desas-desus ini. Harap-harap tak adalah sampai bergaduh. Yang penting dapatkan kepastian daripada Shah Jaszle terlebih dahulu sebelum cemburu membabi-buta. Tak gitu?

P.S: Harga baru Honda CR-Z

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...