August 5th, 2014

Berita pembatalan perkahwinan Dazrin Kamaruddin dan Amyra Rosli yang sepatutnya berlangsung Jumaat ini sememangnya mengejutkan orang ramai. Iyerlah, hanya tinggal 3 hari sahaja lagi. Sudah tentu segala persiapan telah dilakukan, banyak wang ringgit yang telah dilaburkan dan jemputan telah diberikan. Pastinya bukan senang untuk membuat keputusan sebegini, namun Abang Nara pasti mereka berdua sudah fikir semasak-masaknya sebelum memutuskan untuk membatalkan perkahwinan.

dazrin dan amyra

Yang pasti, pembatalan ini telah menimbulkan banyak persoalan mengenai punca sebenar ia berlaku. Banyak spekulasi yang timbul. Namun punca sebenar hanyalah diketahui oleh Dazrin dan Amyra. Berkata kepada MalaysianDigest, Amyra menganggap antara mereka berdua sudah tiada jodoh. Kata Amyra:-

Pada hari Jumaat ini tidak akan ada majlis pernikahan kami. Saya mohon maaf kepada semua pihak yang mungkin telah block tarikh 8 Ogos ini bagi meluangkan masa untuk hadir. Saya buat kenyataan ini kerana tidak mahu nanti menyusahkan mana-mana pihak yang ingin datang.

Saya tahu semua orang tertanya-tanya, kenapa… Saya tahu hal kahwin ni bukan perkara main-main. Sebenarnya semua persiapan telah siap dibuat cuma kad kahwin belum diedarkan lagi. Kiranya hal tentang kad kahwin kami buat paling akhir sekali. Tapi sampai sekarang belum diedarkan lagi. Sebab itu ramai yang dah bertanya jadi kami beritahu bahwa majlis sebenarnya telah dibatalkan.

Tapi pembatalan ini mungkin bukanlah selama-lamanya. Soal jodoh bukan kita yang tentukan, semuanya ditangan Tuhan. Saya tak tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datang. Tapi keputusan yang kami buat ini juga bukanlah titik noktah untuk laluan hidup kami

dazrin dan amyra
Nampaknya masih ada sinar harapan untuk melihat cinta Dazrin dan Amyra bertaut sebagai suami isteri. Amyra mengakui yang mereka masih berhubung. Tambah Amyra lagi:-

Cukuplah selama ini kami kongsikan tentang berita-berita gembira kami, tentang persiapan nak kahwin kami. Tapi saya harap semua pihak hormati keputusan ini dan saya tak mahu lah berkongsi tentang cerita negatif.

Kalau gaduh ker baik ker, semua pasangan pun melalui perkara itu. Sama macam kami juga. Kami masih berhubung tapi sudah tidak bergaduh lagi tentang hal perkahwinan. Sebagai orang Islam, saya reda dan terima ketentuan qada’ dan qadar. Saya anggap kami tiada jodoh. Sekali lagi, saya mohon maaf dan berharap semua pihak hormati keputusan kami

dazrin dan amyra

Pasti ada hikmah di sebalik semua ini. Kahwin bukannya satu perkara mudah. Kalau rasa ada benda yang tak kena, lebih baik batalkan awal-awal. Jangan dah kahwin baru nak bergaduh sampai bercerai berai. Tak gitu? Apa pula pendapat anda?


Comments are closed.

Loading...