Saya Tertekan Dituduh Perampas – Kekasih Baru Shah Jaszle

Hiburan

Saya Tertekan Dituduh Perampas – Kekasih Baru Shah Jaszle

Entah apa ayat yang dipakai oleh Shah Jaszle sehingga ramai gadis yang jatuh hati dengannya. Abang Nara teringin juga nak belajar. Pasti ayat yang digunakan amat power dan mampu meruntun jiwa. Untuk makluman, Shah Jaszle kini sudah putus tunang dengan Redzwani Puteri dan mempunyai kekasih baru bernama Hanis Husna.

kekasih baru shah jaszle

Advertisement

Comel kan orangnya? Patutlah Shah Jaszle tak sabar-sabar nak mengumumkan kewujudan kekasih barunya ini. Takut kena caras dengan lelaki lain la tue. Yang kesiannya, apabila percintaan mereka diketahui umum, Hanis Husna mengakui rasa tertekan dengan gelaran “perampas” yang diberikan orang ramai kepada dirinya. Kata Hanis menerusi Harian Metro:-

Saya sangat tertekan dituduh perampas (tunangan orang) sedangkan orang luar tidak tahu cerita sebenar. Saya amat sedih apabila kes ini jadi besar dan orang menghentam saya macam-macam tanpa tahu apa yang berlaku antara Shah dan tunangnya.

Memang saya kekasih Shah tapi selepas dia tiada apa-apa lagi hubungan dengan tunangnya. Malah benda ini sudah lama berlaku cuma orang luar tak tahu.

kekasih baru shah jaszle

Orang luar tak tahu itu perkara biasa, tapi kalau bekas tunang sendiri iaitu Redzwani Puteri tak tahu yang pertunangannya dengan Shah Jaszle sudah putus, itu adalah kes berat. Tak apalah, orang mabuk bercinta. Semua benda nampak manis je kan? Kepada Hanis Husna, selamat bercinta dengan Shah Jaszle. Jangan 2,3 minggu lagi Shah Jaszle upload gambar dengan perempuan lain sudah lah. Hehehe.

P.S; Konsep KIA K4 dipamerkan di Beijing

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...