Kebahagiaan adalah hak milik setiap insan. Lebih-lebih seorang isteri yang sentiasa mahu dimanjakan, disayangi dan dibahagiakan oleh suami tercinta. Perkahwinan Alyah dan Ramli MS satu ketika dahulu memang penuh dengan pancaroba. Daripada tidak diketahui umum sehinggalah diserbu JAIS, tidak lama kemudian pergaduhan melibatkan perlanggaran kereta dan paling menakutkan ialah kemunculan orang ketiga. Kalau difikirkan kembali, seolah-olah sukar untuk mencari sinar bahagia dalam perkahwinan pasangan ini.
Namun itu semua cerita lama. Kini Alyah mengakui dirinya gembira dan bahagia di samping suami tercinta. Cerita-cerita lama sudah lama dibuang ke tepi. Alyah enggan lagi mengimbau memori pahit yang pernah melanda perkahwinannya dengan Ramli MS. Malah Alyah juga dilihat berkongsi gambar suaminya sempena Hari Bapa baru-baru ini. Kata-kata Alyah ini cukup pendek tetapi penuh beerti:-
Saya gembira dan bahagia. Tidak mahu lagi bercerita kisah lama
Sesungguhnya dalam setiap perhubungan itu ada pasang surutnya. Ada masa gaduh, ada masa mesra, ada masa manja, ada masa menyampah dan sebagainya. Terpulanglah kepada kita selaku suami isteri untuk mengambil yang jernih, membuang yang keruh. Kebahagiaan perlu dicari, bukannya datang bergolek tanpa sebarang usaha. Tak gitu? Apa pun, semoga perkahwinan Alyah dan Ramli MS akan kekal sehingga ke akhir hayat dan diserikan dengan kehadiran cahaya mata. Sama-samalah kita doakan.