Written by AbangNara | August 28th, 2014

Akhirnya segala teka teki telah pun terjawab. Datuk Ramli MS dan Alyah sebenarnya sudah bernikah. Mereka berdua adalah pasangan suami isteri. Tahniah diucapkan. Mereka berdua dikatakan telah bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini. Perkahwinan ini disahkan apabila JAIS mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.

ramli ms alyah

Semoga dengan berita ini, Alyah tidak lagi tertekan dengan soalan-soalan daripada para media. Tahniah Alyah dan Ramli MS. Semoga perkahwinan anda berkekalan ke akhir hayat. Berikut adalah laporan daripada Berita Harian mengenai perkahwinan kedua-dua selebriti ini.

PUCHONG: Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengunjungi kediaman mewah komposer ternama Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, di sini awal pagi ini, dipercayai bagi menyiasat status hubungan beliau dengan penyanyi Alyah.

Dalam tinjauan pada jam 7.30 pagi oleh sembilan pegawai JAIS yang lengkap beruniform itu dikatakan mendapati mereka sudah berkahwin.

Alyah dikatakan berada di banglo berkenaan ketika pegawai JAIS datang menyiasat.

Wartawan BH yang berada di tempat kejadian mendapati kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi milik Alyah berada di kediaman itu.

Pekerja kontraktor yang mengubahsuai banglo juga memaklumkan pasangan itu kerap dilihat bersama.

Menurut sumber JAIS, pasangan itu sudah berkahwin sejak setahun lebih lalu.

Katanya, Ramli dan penyanyi lagu Tak Mungkin Kerna Sayang itu akan ke JAIS dalam masa terdekat untuk memberikan kenyataan serta bukti perkahwinan bagi tujuan pendaftaran.

Difahamkan pasangan itu bernikah di Batam, Indonesia tetapi belum mendaftar perkahwinan mereka di negara ini.

Ramli yang berpakaian kemeja T berwarna ungu dan seluar melepasi paras lutut kelihatan tenang.

Malah, beliau dilihat mengiringi pegawai JAIS keluar dari kediaman itu sejurus siasatan selesai sambil ketawa sesama mereka.

Perkembangan ini dijangka menamatkan teka teki mengenai status mereka selepas sebelum ini masing-masing enggan mengesahkan desas desus mereka telah berkahwin.

alyah

Selamat pengantin baru diucapkan buat anda berdua. Semoga cepat-cepat menimang cahaya mata. Amin.

P.S: Jom dapatkan koleksi TELEKUNG TRAVEL POCKET terbaru keluaran Gudang.my! Keistimewaan telekung ini ialah begnya yang unik. Begnya bila dibuka menjadi telekung yg ada Pocket di depan! Harga pun sangat MURAH, RM29!!!

Boleh click: facebook.com/Gudangmy
Call/sms/Whatsapp: +60192361986

 photo Gudangmy_zps276203b3.jpg

63 responses to Datuk Ramli MS dan Alyah Sah Sudah Nikah!

  1. peeiiii says:

    sekurang2nya JAIS dah buat kerja mereka….wartawan hiburan jgn nak menokok tambah plak cerita

    0

    0
    • apa apa aje says:

      benda baik.. tahniah!

      0

      0
      • mutiara says:

        tau dah..cuma nak dengar dari mulut dorang je payah.
        jadi camneh, alyah malu ke tak..
        ok la tu jangan dah peknen baru terhegeh2 nak ngaku

        0

        0
        • miss ynwa says:

          ni la retisss ader yg tunang tu sampai ku nengok mcm nk nikah
          ini yg sah2 da nikah sorok2 jew…..sorok2 tuh da ngape
          xnk populariti jatoh leteww ? dafakkk -_-“

          0

          0
        • okay says:

          dh sah nikah pun nk sorok2?? x phm aku dorg ni..kn elok dh nikah..sape pun xde nk ngutuk..ramli ms bukan laki org pun kn…dh terbalik pulak..yg dh sah nikah sorok2, yg baru bercinta ng pilot lah usahawan lah ng kerabat lah abis dh kecoh satu dunia…hahaha..retis2

          0

          0
      • LISA SURIRUMAH says:

        PELIK LAHHH.. KENAPA NAK SOROK2 PLAK KALO BETUL DAH KAWEN..??

        0

        0
    • puikkk says:

      aduhai kak alyah..sy minat dong sama kamu..tp kenapa..kenapa mst pilih llk tua tu.. ewww………………

      0

      0
    • Shhh says:

      benda baik kenapa lah nak disembunyikan..tak fahamlah…nak kahwin jauh2 tu buat apa..kenapa tak buat kat Malaysia jer…apa teruk sgt ker undang-undang perkahwinan kat malaysia ni..byk sgt ker protokol nya…tkut org tahu…ko buat mcm ne tk da ke org akan bercakap…suka kot naik turun mahkamah…nasib tka ditulis ditangkap khalwat…kalo tk dh malu….tk ngat apa jadi pada aidil dan rita..kawin lari kat siam tu..bila rita dah ngandung baru sbk nak bgtahu wartawan sampai skrg ni kes dorg tk settle..tahniah lah yer Datin Alyah

      0

      0
  2. Harry Styles says:

    firsttttttt yeahhhh

    0

    0
  3. aku says:

    Apa yg susah sgt nak ngaku?? dua2 bukannya hot pun

    0

    0
  4. Anonymous says:

    KENAPE NK KAWEN SOROK-SOROK YEA?? SERIES XPAHAM…

    0

    0
    • NANA says:

      kalo kawen sbb elok mesti org beriya2 nk raikan..x yah tggu JAIS siasat…
      Kalo dh sorok2 tu bersebab la kot..nk positifkan diri, maybe dieorg nk terikat dgn kontrak..retis la katakan. Bahaya kawen senyap2 n x berdaftar, takut ssh kemudian hari…Apa2 pon elok la org dh tau, xde la jd fitnah.

      0

      0
    • Anonymous says:

      sebab kita tak kenal diorang la kita tak paham. tunggu jela penjelasan diorang.. anyway tahniah..

      0

      0
  5. icha says:

    tahniah

    0

    0
  6. insan biasa says:

    Tahniah buat mereka berdua. Untung Alyah dapat suami yang handsome. Tak sabar nak tggu berita anak pula.

    0

    0
  7. cacing tanah says:

    a bankrupt punya banglow mewah? sedang renovate pulak? ..officer jab insolvensi kena take note laa..jgn asyik baca gossip aje tindakan takde..

    0

    0
    • azreen says:

      Dia dah bayar hutang la tu..takkan tu pun nak cerita dengan kau!

      0

      0
    • noknokgorgeous says:

      @cacing tanah , job dia dapat for one event pun dah hampir 500k contoh macam ajl tu, tak tau tanya dulu jangan ghoma memandai-mandai yaiii .

      0

      0
  8. sentap says:

    alhamdulillah. da nikah pon. tapi kenape nak berdolak dalih.. cakap je da nikah.. ade masalah ke?? bukan ade orang dengki kt korang pon.. bende baek pon nak sorok.. tak paham.. tak paham

    0

    0
  9. Ibu [email protected] says:

    Tahniah diucapkan buat kedua2nya. Semuga bahagia berpanjangan hingga ke Jannah.Tp hairan ya..nape mesti dirahsiakan perkara baik ni?. Dua-duanya single kan……

    0

    0
  10. Anonymous says:

    Zaman sekarang bnyak sgt yg pelik dan ajaibnya.yg halal yg sah di sisi agama dn sah2nya yg telah di redhai oleh allah pun nk di sorokkn dn di sembunyikan.kalau bab bercinta yg blom tntu lg jodohnya nak plk pukul canang bgtau semua org.bila bab nikah bab yg dah sah2 halalnya kalau boleh nk di sorok.kan pelik tu!!

    0

    0
  11. wud wud wud wudd says:

    dah kawen pown nak sorok2.. ape daaa…

    0

    0
  12. nok gebuzzz says:

    kesian Alya….dia teringin nak beritau,tapi mesti Ramli yg x kasi….sibok nak sorok…kesian Alya yg jadi mangsa….masa kat melodi ke Hlive si Ramli bukan main menafikan lagi…apa da…benda baik pun nak simpan…lagipun alya cantik ape…

    btw..tahniah ye

    0

    0
  13. sya says:

    huk aloh. doh nikoh? tapi nape nak sorok2 pulak. Pak ramli ni pun bukan suami orang. Bujang trang tang tang lagi. Ape salah nya kan? apa pendapat anda? *ayatfemesabg nara*

    0

    0
  14. YNA says:

    akhirnye..silap haribulan alyah yg kol jais suruh dtg serbu,maybe xtahan sgt dah nk pendam sume ni.maybe dgn cara camni je kot org leh tau die dh kawen.mst lega..

    0

    0
  15. diva AA says:

    pelik btol dgn trend skng ni..kwen..kwen..sorok..beranak…sorok muke anak….kalau berpeluk beronggeng sane sini tu x la plak nk sorok..haishh….

    0

    0
  16. banglasia says:

    diorg blom ready lagi nak announce kat public kot pasal relationship diorg…

    0

    0
  17. Anonymous says:

    nape le kawin pn nk sorok2…ckp jer la dh kawin abis cite…wlpn dua2 bukan hot mane pn…tpi aku dpt rasakan y aliah memg nk bagi tahu tpi si lelaki y wat dono..x kan le aliah y terhegeh2 nk bagi tahu..mane le tahu klau2 si aliah ni dh mengaku dh kawin ngan si ramli ms tu..tpi si ramli menafikan plk..x ke naye…bila JAIS dh serbu baru le nk tunjuk surat nikah…haaa kan dh abis cite..lagi2 aliah masa tu pn ad sama..

    0

    0
  18. sue says:

    Kesian kat Alya tu.
    1. Tak boleh umum she’s in love
    2. Tak boleh umum she’s getting married
    3. Tak boleh umum she’s married.
    4. Kahwin pun nun jauh ke seberang sana.
    To a woman, they love to celebrate all the above with happiness and openness. Tapi dlm kes Alya, kesian dia… Dh kena serbu baru si laki nak mengaku dah kahwin dgn dia. Lepas ni wartawan mula ler serbu Alya utk komen @ ulasan lanjut. Si laki? Wartawan cari ker? Haram sepatah pun dia tak perlu cakap apa2. Cmonlah… what kind of penghormatan you bagi kat isteri you ni?

    0

    0
    • Shhh says:

      ingat tak Ramli MS ni nak saman sesapa yang cuba wat fitnah…tu sbb wartawan tk berani nak tanya byk ngan dia…dh setahun kawin..mmg kecian kat Alyah..dlm ramai2 lelaki ni yg dicari…

      0

      0
      • sue says:

        oohhhh, ya ker. patutlah wartawan kecut perut nak serbu Ramli MS. bukti pendaftaran perkahwinan pun xde lagi, xleh salahkan wartawan tak korek2, serbu2 sangat si laki ni. kang tak tentu pasal kena saman sebab dikatakan fitnah – padahal perkara benar. adoi… kesian alya… kesian kat keluarga Alya jugaklah yg tak tentu pasal kena tempias perbuatan si Ramli ni.

        0

        0
        • aku says:

          ntah2 wartawan yg soh jais serbu.
          Tanya baik2 rmali ms asyik ngelak jer.
          baik2 la retis lain…sorok2 kantoi jgk…hihihihi!
          next!

          0

          0
    • Puteri says:

      sue.. mmg la wartawan serbu alyah nak dpt jwpn.. xkan laa nak serbu Datuk Ramli MS kot. Wartawan pun pandai tgk title jgk sblm buat serbuan.. Kan Datuk tue.. Wartawan pun tkut nk tnye lbih2. Lu ada wang org respek lu ma.. nie la dunia skrg..

      0

      0
  19. ilya says:

    kenapa aku rasa c ramli ms ni yg prasan hot? sbb tu x mo ngaku dah kawen….sian alyah

    0

    0
  20. Cintra says:

    Bila org tanya , x mengaku..ingat hot sgt ke? Klau x mau org amik tahu atau busy bosy. Jgn jadi artis. Jadi saja org biasa. Nie bila amik tahu, mcm nielah jadinya. Last2 jais yg tolong rungkaikan …

    0

    0
  21. abc says:

    Datin Alyah rupanya…tahniah..

    0

    0
  22. sempoi says:

    sebab tu laa kenapa dlm islam digalakkan utk war2kan perkahwinan sbb tak nak masyarakat salah fhm dan keliru…klu btl nikah kat batam tu sah,nape mesti sorok??ni msti nikah sindiket ni sbb tu xnk bgtau..lg satu kenapa dh sthn lbh lum daftar perkahwinan kat malaysia??salah di sisi undang2..sbbnye kt xtau bl ajal kita..so,ditakdirkan mati salah seorg kan ssh nk buat ape2 permohonan di mah lbh2 lg faraid..nikah,cerai ni amik mudah je retis2 ni..padahal melibatkan hukum..nti bl ade anak,sian anak tu xleh dftr sbb mak bapak x dftr nikah..aishhh..x fhm aku..umo msg2 dh tua bangka bnde serius camni pun xleh nk pkr..

    0

    0
  23. Anonymous says:

    Ade sebabnye hal ni terjadi..
    Mohon jangan sempitkan fikiran,sekurang2nya Alyah x ambik hak org,dia tak jaja title Datin..dan alhamdulillah dia dh bertudung. semoga mereka menjadi lebih baik.

    0

    0
    • aku adalah aku says:

      Islam suruh tutup aurat, bkn btudung je…takat pakai tudg, baju sendat, ikut body, x yah canang laa berhijrah…buat baju, senteng dpn..mmg otak senteng agknya..nsb kau la jd mangsa Ramli.huhhh

      0

      0
  24. tasya says:

    ni la org yg xphm konsep.. rahsia pertunangan hebohkan perkahwinan… motipppppp!!!!! aiyoo sampai ke batam….. knp??? ramli ni laki org ke??? yg nk sembunyi sngt2 ni??? dh tua pon msih bodoh lg….. tah apa2 la artis malaysia ni… blum g pasaran antarabangsa pon dh feeling top… puihhhh!!!

    0

    0
  25. jejai says:

    alhamdulillah…..aku suka sgt dengar berita ni, dh kawin rupanya, dulu aku ingat alyah ni mgkin bertepuk sbelah tgn, aku fikir dr alyah duk menunggu jantan yg on off mcm ni baik alyah cari jantan lain yg lbh jujur….tapi dh kawin rupanya…alhamdulilah, ko beruntung RAMLI bini ko ni jenis tenang jer menghadapi dugaan perkahwinan, mungkin ko ada sbb tersendiri merahsiakan pernikahan….apa pun aku suka sgt alyah dh nikah

    0

    0
  26. ssssss says:

    Alhamdulillah…akhirnye…patutnye benda baik perlu diberitahu…supaya x timbul fitnah…
    semoga Alyah menemui kebahagiaan…Amin…Alyah senyum ye…xmau sedih2 lg…

    0

    0
  27. cikgebu says:

    nape la pas kena cekup baru nak daftar kahwin..aduhai..
    kalu x kena cekup xmo daftar lg ke? dah suka sgt kat 2 2 org ini..

    0

    0
  28. Anonymous says:

    Siti kawen ngan Datuk K pun tua juge,kome xkesah…
    Ni Alyah kawen org tua kome kesah beria…bior le… dh deme suke sama suke..

    0

    0
    • addy says:

      Siapa cakap diorg tak kisah Siti kahwin dgn Datuk K? Sampai sekarang orang sibuk mengutuk. Dah namanya artis, kenalah terima. Huhuhu…

      0

      0
  29. Anonymous says:

    alhamdulillah.. xmau bgtaw sbb nikah kt indon kot.. wheverlh, jnj da halalan toyiba

    0

    0
  30. Shamil says:

    it’s up to them nak sorok-sorok.
    but for any girl out there yang nak kahwin tak kisahlah kahwin lari, kahwin sorok or kahwin sempadan make sure register your marriage asap.
    banyak kes belakang hri nanti such as register child birth, sekolah anak and the worst kalau bercerai yang tak register ni hak jagaan anak under father and tiada pembahagian hrta sepencarian…just to name a few.

    0

    0
  31. disgusted says:

    senang je nak tau kenape nak sorok…kahwin kat luar negara…x daftar kat m’sia…esok bila bercerai…dan x daftar si perempuan susah nak tuntut hak dlm pembahgian harta…dalam kes ni mungkin lelaki rasa was was kenapa perempuan muda dan artist pulak sanggup nak kahwin orang tua cam dia……tapi perempuan ni x da lah bodoh macam bini awie…she could have sought legal consequences of such marriage from a syariah lawyer….bravo Alya.

    0

    0
  32. Anonymous says:

    Kenapa di Batam? Ramli ada isteri lain ke? Bukan pengantin baru. Kalau dah setahun lebih maknanya pengantin lama la. Macam kes wawa zainal pulak. Kan elok diwar warkan. Kalau berlaku perselisihan, nanti jadi macam Awie. Isteri dia Rozana tak boleh ke mahkamah sebab tak daftar perkahwinan di Malaysia.

    0

    0
  33. […] tentu pernikahan Datuk Ramli MS dan Alyah yang terbongkar semalam cukup mengejutkan pengikut dunia hiburan tanah air. Kalau selama ini Alyah […]

    0

    0
  34. […] sumber (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); […]

    0

    0