Written by AbangNara | January 16th, 2015

Wow. Sememangnya apabila emosi menguasai diri, pelbagai perkara yang tak sangka akan dilakukan boleh terjadi. Lebih-lebih lagi kalau diri anda seorang wanita. Tak boleh nak salahkan wanita kerana memang sudah lumrah mereka mudah merajuk, cepat emosi dan senang marah. Tapi terkejut juga apabila mengetahui yang Alyah telah melanggar kereta suami, Datuk Ramli MS kerana gagal mengawal perasaan marah yang membara di dalam hati.

alyah langgar ramli ms

Kejadian ini berlaku di kawasan luar kediaman Alyah dan Ramli MS dan turut didengar oleh jiran-jiran mereka.
Kata Alyah:-

Memang saya buat masa itu sebab saya sudah hilang kawalan. Kalau terlalu ikutkan marah dan kegagalan mengawal emosi hari itu, mungkin habis benda lain pun saya langgar.

Tapi perkara itu pun sudah lepas. Apa sebab sebenar kejadian biarlah kami berdua saja yang tahu. Saya terpaksa keluarkan duit sampai RM11,000 untuk betulkan semula bahagian depan kereta, termasuklah menukar lampu yang bernilai beberapa ribu ringgit.

Mengenai kereta dia, saya tak pasti sama ada dia sudah baiki atau tidak. Kena tanya dia sendiri.

alyah

Pergh. Dasyat sungguh. Takut juga bila dengar kisah ini. Itulah kehebatan seorang wanita apabila yang sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan suaminya tidak menjadi milik orang. Namun mungkin di masa hadapan Alyah boleh pecahkan pasu bunga je. Pinggan mangkuk pun ok jugak. Tak pasal pasal melayang RM11,000 sebab langgar kereta. Apa pun, diharap Alyah bertabah dan jangan stress lebih-lebih lagi AJL29 akan berlangsung Ahad ini. Sumber Harian Metro.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

150 responses to Alyah Akui Langgar Kereta Ramli MS Kerana Terlalu Marah

  1. ninie says:

    hari ni buat pengakuan esok jgn nafikan pulak yea…
    cakap berbelit2 jgn sampai terjerat sudah..

  2. rara says:

    It’s ok Alyah. I feel u. It’s Audi. Maksud yg sgt mendalam.its not about bodoh atau dungu. Bkn bertudung atau free hair. It’s bout perasaan terpendam, amarah. Dan jika di kasitau dpn2 RMS maybe dpt tempelak atau penampar free. Whatever itg iswe don’t know. . Tu salah satu cara melepaskan amarah. It’s ok. Doakan yg terbaik

  3. Linzy Longkang says:

    pesal laa muka cam ramli ms nih pon pompuan nak gaduh banyak lagi laki melayu yg bole thn kat luar sana yg muda bujang pon byk, ramli ms gak yg korang nak gaduhkan please laaa, duit byk pon kalo dah dia perasan bagus ego tinggi buat merana jiwa jekkkk

  4. Suraya says:

    Korang tak rasa sakit tu macam mana bila lelaki buat mcm tu, itu yang ikut sedap mulut nak hentam. Yang nak bayar beribu tu pun bukan korang, jadi jangan sibuk tanya iman orang dekat mana. Tepuk dada, tanya iman sendiri dulu

    • Istighfar ats ketelanjurn kata2 says:

      Puan suraya mana awk tahu org lain tak kena ? . Pergilah Pej Agama tp so far pecahkn cermin kereta yg sy prnah dngr. Acukn pisau tu dah thp sakit jiwa. Itu cerita lain. Kes blum selesai muzakarah dgn suami habis2an dah bgtahu sluruh dunia, diakn slbriti. Klu tak tnya Iman nak tnya apa?. Wajarkah seorg muslimah brkata2 spt awk ini?. Ada kes lg teruk dr Alyah. Bila awk tertinggal solat atau buat pekara2 maksiat(yg ditegah agama). Awk marah tak mcm ni?. Klu tdk maknanya Sayang suami melebihi Allah. Sy sndri ada xprnce. So jgn kesiankn diri thp lupa kita ni ada Allah. Skurang2nya ada org yg ingtkn kita balik kpd Allah.

      • biji kak non purple minta digosok says:

        ko x kena sedap la kata..try laki ko gatal telor,mroyan juga,,aku boleh ckp mcm ko,hakikatnya pahit merana nya jiwa..kwn aku yg lpas branak gila mroyan sb laki dia gatal mcm ni..anak dia diletaknya dlm mesin basuh..jgn salahkan wanita sb jantan mmg x kan pernaah ckup satu bijik..

        • Anonymous says:

          Baca betol2lah dah kata ada pengalamankn komen tu. Bkn smua ppuan mcm tu. Mroyan tu kes lain sbb jk ada tekanan jd bgtu. Kes ipar duai mak mertua spesis asyik bully menantu pun, kita yg lps brsalin boleh meroyan. Agknya you yg x ada pngalamn. Ramai lg ada pngalamn. Agaknya tgk ketahanan Iman sndrilh dan ada support group pun pnting. Cari kwn2 yg reliable. Yg paling best ada yg pergi dgn kwn2 buat serangn mulut dgn ppuan tu. Sy pun mula2 emo juga lps tu sedar bnyknya buat dosa tp taklh pula marah mcm ni. Nt worth it. Stakat suami mcm kmbing simpn x guna.

  5. mcm2 le dunia nie……rs2 klau memudaratkan diri baik berpisah je..aku xsalahkan sepenuhnye kat pihak pmpuan..dah kawin pun suami xnk mengaku kat umum mgkin sbb si llk ada kepentingan lain sbb 2 mcm2 alasan dia beri utk dedahkan yg i2 istri dia….dah t’bongkar baru nk tutup cte mcm2….pas 2 mula lah kuar isu mcm2…. jgn krn byk harta dunia awk llk dah b’kuasa sngt utk wat apa sje….dah tua2 nie ingt le uma kate p’gi kubur kate mari…….

  6. azwan ali dijangka masuk syurga says:

    Pompuan btudung xde perasaan ke?

  7. cecitececite says:

    Allah swt akan menguji setakat mana kkuatan iman seseorang hambaNya dlm pelbgai cara.pakai tudung x semestinya suci dan maksum, bull**** taw.Sy juga pnh experience kes curang ni sbb tkantoi gmbr pmpuan tu (pakai tudung juga). Tp kene sentiasa igt Allah n selalu muhasabah dr jika ade ape2 kslpn yg d lakukan dlm rumahtangga. Sy berbincang elok2 dan benarkn suami bernikah dgn wanita tersebut. Tp skrg suami dah berpisah dan sy x tahu ape puncanya ( x smpai 1 tahun). Tak guna marah2 dan sy serahkan dr pd Allah swt sepenuhnya dan bkn pd suami sbb perkahwinan x menjanjikn kbhgiaan yg d cari.

  8. Poppy says:

    Pakcik ni memang somethinglah. Kahwin pun diam2. Dulu, bila media tanya tak nak ngaku. Tu pun semua org tau psl Jais dtg p rmh. Pakcik kalau tau diri tu gatal & tak nak terikat jgn ler kahwin. Menyusahkan bini awak jer. Nanti cerai pulak.. lepas tu jumpa lain,kahwin then cerai lagi. Kan jadi janda ppuan2 disebabkan kegatalan awak.. Jangan rasa diri banyak duit boleh buat sukati. Awak tu handsome pun tak… Sedar diri yer pakcik.

  9. encik plow says:

    ahh..

    sudah..main langgar-langgar kereta la plak.

  10. Cu'a says:

    Bagos la langga kete..kot haku..haku langga je si ramli tuh..

  11. kak pora2 says:

    ramli ms gatai punai !!

  12. Anonymous says:

    Jangan cakap gimik AJL sudah.. Rasa nak sepak.

  13. syasya says:

    Lelaki sekarang semakin menjadi2, agaknya bila keluar kita kena kunci telur dorg, iolls pun hadap bnda sama jugak, laki i bawak i pegy danork, then boleh pl dia suruh i buat rambut, medicure , pedicure bagai ,i pny lah seronok..dlm diam2 dia boleh tinggal i , dia ckp nk teman kawan dia pegy massage je, i pun bg lah sbb dia ckp TEMAN, punya lama i dk tnggu dekat sallon tu baru dia dtg, and i was expect yg dia pun massage same! I terus mngamuk, i marah dia depan kawan dia and semua makhluk2 yg ad kat situ, korg imagine dia baru lepas kena urut dgn prmpuan siam!!!!!bab* i mengamuk gilaa5, till dia ckp bnda ni lah pling besar salah dia buat dlm hbgn kami , and dia jnji smpai mati takkn buat, i tak kira ape dah bila emosi, i mmg maki je, beside i mmg geli dgn perempuan2 danork. Dia ckp better disakiti dgn kejujuran dr dibohongi dengan kebahagiaan(betul ke ni, i pun lupa ayat dia..haha) pungoq hg ingt senang aku nk lupa!!!

  14. damien says:

    laki orang trkenal nasiblah.. yang laki pun satu dah sorok bini buat hal lagi..

  15. syda80 says:

    asslm… ya allah… kesiannya kt aliyah ni… ????????lps satu2 dugaan allah bg kt dia. dlu masa mula2 jd penyanyi, dia dh byk kali putus tunang dh.. ada skali tu dia dh dkt nk kahwin, tup2 x jd nk kahwin. btapa hancurnya, pilunya, sakitnya hati dia masa tu. ????????hilang skejap… merawat hati yg lara. lma jgk dia mnyepi dr dunia seni. lps tu buat come back smula stlh lma sepi, aleh2 top ngan lagu……. (alahai, x ingt la plak tajuk lgu tu…???????? ala, lgu sblm kisah hati tu la, yg pakai bju merah tu… sory la, x ingt )…. ???????????????? then meletup ngan kisah hati… skrg ni sesal separuh nyawa…. br nk naik nk top smula, jd macam gini pulak…

  16. syda80 says:

    asslm… ya allah… kesiannya kt aliyah ni… ????????lps satu2 dugaan allah bg kt dia. dlu masa mula2 jd penyanyi, dia dh byk kali putus tunang dh.. ada skali tu dia dh dkt nk kahwin, tup2 x jd nk kahwin. btapa hancurnya, pilunya, sakitnya hati dia masa tu. ????????hilang skejap… merawat hati yg lara. lma jgk dia mnyepi dr dunia seni. lps tu buat come back smula stlh lma sepi, aleh2 top ngan lagu……. (alahai, x ingt la plak tajuk lgu tu…???????? ala, lgu sblm kisah hati tu la, yg pakai bju merah tu… sory la, x ingt )…. ???????????????? then meletup ngan kisah hati… skrg ni sesal separuh nyawa…. br nk naik nk top smula, jd macam gini pulak…

  17. anoynim says:

    publisiti murahan….

  18. Master says:

    kan baik 11 ribu tu ko derma kat mangsa banjir

  19. ciklin says:

    spastik jugak si aliyah ni..hahaha..namapun husband je derr..laki kau gatal sgt, apa susah..bukan tak boleh cerai pun..kau beranak, membesar bukan sama2 dgn laki kau pun..lain lah mak bapak & keluarga..disebabkan sorang jantan yg kau nikahi berlaku curang ko nak meroyan sampai malukan diri dengan berita2 kelakar mcm ni, adoi laa..bikin malu je la..first of all, laki kau tu boleh berkahwin lebih sekiranya mampu serba serbi..bab ini, hanya kau laki bini aje tahu mampu ke tak sbb kewangan, batin, tanggungjawab, etc si RMS tu hanya korang dua org aje yg faham..keduanya, sekarang laki kau dah kahwin pun..apa masalahnya? Islam haramkan lelaki Muslim nikah 2 ke? disebabkan RMS kahwin lagi kau tak makan ke? takde duit ke? RMS tak bagi nafkah batin ke? RMS tak tggjwb pada keluarga ke? atau semata2 nafsu kau yg tak mahu bermadu?? jgn mengaku Islam kalau benda simple dihalalkan Allah mcm berkahwin more than 1 ni pun kau nak bangkang..melainkan kau ada sebab kukuh kenapa kau bangkang. Kalau RMS aniaya hidup kau akibat memberikan kau madu, harus Allah juga murka dgn RMS..tapi sekadar menaikkkan gambar suami kau duduk di pelamin dgn seorang wanita lain, kau beri hint yg suami kau berkahwin lagi, then kau meroyan memalukan diri dan suami/keluarga, pastu meroyan lagi langgar kereta suami, kau tak faham hukum ke?? kalau ye pun hati tu remuk redam, tak perlu nak jatuhkan maruah diri sebegitu rendah..apa RMS tu sorg aje ke jantan kat Msia ni?? agak2 la..

  20. brader jo says:

    x pe alyiah… abg pun minah kat aliyah …. apa2 hal abg akan sambut..jgn marah2 hilang [email protected]

  21. […] lalu, satu Malaysia dikejutkan dengan berita pergaduhan Alyah dengan suaminya, Datuk Ramli MS. Tindakan Alyah melanggar kereta Datuk Ramli MS memang tidak disangka-sangka. Mungkin emosi amarah […]

  22. […] penuh dengan pancaroba. Daripada tidak diketahui umum sehinggalah diserbu JAIS, tidak lama kemudian pergaduhan melibatkan perlanggaran kereta dan paling menakutkan ialah kemunculan orang ketiga. Kalau difikirkan kembali, seolah-olah sukar […]

  23. […] penuh dengan pancaroba. Daripada tidak diketahui umum sehinggalah diserbu JAIS, tidak lama kemudian pergaduhan melibatkan perlanggaran kereta dan paling menakutkan ialah kemunculan orang ketiga. Kalau difikirkan kembali, seolah-olah sukar […]

  24. […] penuh dengan pancaroba. Daripada tidak diketahui umum sehinggalah diserbu JAIS, tidak lama kemudian pergaduhan melibatkan perlanggaran kereta dan paling menakutkan ialah kemunculan orang ketiga. Kalau difikirkan kembali, seolah-olah sukar […]