Adira Sudah Hamil – Dato Red

Hiburan

Adira Sudah Hamil – Dato Red

Satu demi satu kejutan yang dibuat oleh Dato Red, dikala isu beliau merangkul pinggang Ruhainies masih lagi menjadi topik hangat, kini Dato Red mengumumkan isterinya Adira sudah berbadan dua.

Advertisement

Menurut Dato Red, Adira sudah membuat ujian kehamilan di rumah dan ia menunjukkan tanda positif. Walauabagaimanapun, Dato Red masih belum membawa Adira ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Adira sudah membuat ujian di rumah menggunakan kit kehamilan dan didapati Adira mengandung. Cuma saya belum membawanya berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Pada masa yang sama, Dato Red memohon maaf atas kenyataan serta sikapnya yang berdolak-dalik apabila pada awalnya beliau mengakui suka dengan Ruhainies dan dalam satu kenyataan lain pula beliau memberitahu Ruhainies bukan calon isteri yang sesuai dan memilih untuk mencari wanita muslimah.

Macam ini, saya tetap dengan kenyataan pertama di mana saya memang sukakan Ruhainies. Cuma saya tidak tahu adakah dia mempunyai perasaan sama atau tidak.

Kalau benar Adira hamil, harapnya Dato Red dapat menjaga beliau dengan baik. Isu dengan Ruhainies ini juga harus diselesaikan agar tidak berpanjangan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...