Saya Mahukan Wanita Muslimah Untuk Dijadikan Isteri Ketiga, Ruhainies Bukan Pilihan Saya – Dato Red

Hiburan

Saya Mahukan Wanita Muslimah Untuk Dijadikan Isteri Ketiga, Ruhainies Bukan Pilihan Saya – Dato Red

Datuk Red dan Ruhainies nama yang kini menjadi topik utama dan tumpuan ramai apabila video mereka berdua bermesra dan keluar bersama tersebar di Internet sejak beberapa jam lepas.

Advertisement

Ramai yang tertanya apakah mereka berdua mempunyai hubungan? Iyalah, didalam video berkenaan jelas memperlihatkan Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies.

Walaubagaimanapun, Ruhanies dalam satu kenyataan mendakwa beliau diperangkap oleh Datuk Red. Ruhainies juga menjelaskan mereka berdua tidak mempunyai sebarang hubungan dan hanya berjumpa atas urusan kerja.

Namun, Datuk Red juga ada memberitahu beliau tidak tolak jika ada jodoh dengan Ruhainies dan mengakui beliau tidak dapat menahan daripada bermesra dengan Ruhanies .

Terbaru, keluar pula kenyataan yang agak berbeza daripada Datuk Red. Menerusi portal Utusan Online berkata Ruhainies bukanlah pilihan beliau untuk dijadikan isteri ketiga. Antara ciri wanita idaman Datuk Red ialah seorang yang mempunyai imej wanita muslimah.

Pada masa yang sama, Datuk Red juga menafikan dakwaan yang mengatakan beliau adalah dalang disebalik penyebaran video berkenaan dan sengaja ingin perangkap Ruhainies.

Kalau ada peluang memang saya mahu berkahwin buat kali ketiga. Pilihan saya biarlah seorang yang muslimah. Jadi Ruhainies bukanlah dalam ciri wanita pilihan saya.

Kalau benar saya buat perkara tersebut dengan niat untuk popular, lebih baik rasanya saya pilih artis yang jauh lebih popular. Saya yakin ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan imej saya, dalam masa yang sama kasihan juga kepada Ruhainies dan Adira. Bukan apa sekali gus perkara ini dikaitkan terus dengan mereka.

Mana satu kenyataan yang betul ni Datuk Red? Adakah Datuk Red bengang dengan kenyataan Ruhainies yang mendakwa beliau sengaja memerangkap artis wanita berkenaan? Hmmphh…

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...