July 22nd, 2016

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan suami kepada penyanyi Adira memaklumkan dirinya cukup senang dengan kehadiran Ruhainies, malah sedia menjadikan aktres itu sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh bersama. Kenyataan ini dikeluarkan susulan tersebarnya gambar Datuk Red merangkul pinggang Ruhainies dan juga video mereka berdua ‘dating’. Kalau dah berkemampuan dan memang layak, apa salahnya kahwin sampai tiga kan? Yang penting boleh berlaku adil kepada semua isteri.
ruhaineis dato red
Kata Datuk Red:-

Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula. “Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula.

ruhaineis dato red
Betul juga kata Datuk Red tue kan? Kalau kita tak suka seseorang itu, takkanlah kita merelakan pinggang dirangkul dan tangan dipegang. Mungkinkah Ruhainies juga ada perasaan terhadap suami Adira ini? Atau sekadar ‘menghormati’ Datuk Red kerana mereka berdua pernah bekerjasama di dalam video iklan syarikat milik suami Adira itu? Entahlah. Kita sama-sama lihat sama ada mereka berdua ada jodoh atau tidak. Sumber Berita Harian.


Comments are closed.

Loading...