Selepas 3 minggu berkahwin, akhirnya Adira telah pun membuat pengakuan bahawa dirinya sudah berkahwin dan bergelar isteri kedua kepada seorang Datuk Seri. Berkongsi dengan lebih mendalam tentang perkahwinan tersebut, Adira memaklumkan yang mereka telah bernikah di Songkhla, Thailand kerana mempunyai beberapa masalah dari segi urusan dokumentasi.
Adira juga turut menafikah perkahwinan tersebut dilakukan kerana dirinya kecewa dengan kegagalan pertunangannya sebelum ini. Kata Adira:-
Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga mingÂgu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.
Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri keÂdua tidak memberi masalah kepada diri saya.
Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin. Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga.
Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang.
Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya.
Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali
Satu sahaja pesanan Abang Nara kepada Adira, jangan lupa daftarkan perkahwinan anda di Malaysia selepas ini. Ia adalah perkara yang sangat penting. Kita tidak tahu apa masalah yang akan timbul di masa hadapan. Jadi sekurang-kurangnya bila dah daftar, bolehlah tarik nafas lega sikit. Tahniah sekali lagi buat Adira atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia. Sumber Utusan Online.