December 22nd, 2015

Amboi, amboi, amboi. Macam fairytale pula kisah percintaan Adira dan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu ini. Mana tidaknya, mereka berdua hanya berkenalan selama 3 minggu sebelum Datuk Seri dengan gentleman dan machonya telah melamar Adira menerusi telefon. Seperti cerita-cerita fairytale lain, lamaran tersebut diterima Adira kerana yakin dengan keikhlasan Datuk Seri itu untuk memperisterikannya. Romantik beb!!!

adira

Malah sikap Datuk Seri Adnan Abu yang tidak pernah memburukkan isteri pertamanya juga menyebabkan Adira tertarik dengan suaminya itu. Malah hubungan mereka juga direstui oleh keluarga dan juga isteri pertama suaminya. Kata Adira:-

Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya. Sepanjang tempoh itu juga saya hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali sebelum dia menyatakan hasratnya hanya menerusi panggilan telefon.

Saya terima kerana keikhlasannya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah jodoh saya. Alhamdulillah perjalanan saya untuk berkahwin dipermudahkan dan saya senang menerimanya kerana sikap jujur dan tidak terlalu berusaha untuk menyakinkan saya.

Saya kagum dengannya yang tidak menjadikan isteri pertama sebagai alasan untuk berkahwin dan tidak pernah dia memburuk-burukkan wanita itu kepada saya. Selebihnya biarlah saya simpan untuk pengetahuan diri saya sahaja.

Alhamdulillah seperti saya katakan tadi semuanya berjalan lancar walaupun semuanya berlaku dalam masa singkat. Biarpun kami tidak sempat bercinta tetapi Insya-Allah berkasih sayang selepas berkahwin lebih baik

adira

Sememangnya percintaan selepas berkahwin adalah lebih baik dan lebih manis. Walaupun ramai yang menyatakan Adira seorang ‘perampas’, namun kebenaran hanyalah diketahui oleh Adira, suami dan madunya. Kita yang outsider ini doakanlah sahaja kebahagiaan mereka. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Adira dan selamat pengantin baru. Sumber Mstar Online.


Comments are closed.

Loading...