Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Adira Enggan Berduka Dengan Kisah Putus Tunang Sudah Move On

Penyanyi Adira enggan terus terjerumus dengan perasaan duka dan meratapi kisah beliau putus tunang bersama Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun. Buat Adira, tumpuan utama beliau kini adalah untuk keluarga beliau yang turut terjejas ekoran bencana gempat bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini.

Advertisement

Saya rasa adalah tidak wajar untuk saya meratapi kisah pertunangan saya yang telah putus. Pada masa sama keluarga saya di Sabah berdepan dengan situasi bencana alam yang seharusnya diberikan lebih perhatian raya (Aidilfitri) yang bakal menjelang tidak lama lagi, keadaan rumah saya juga perlu diperbaiki.

Di sebalik kejadian putus tunang itu, ada lagi kejadian yang lebih penting untuk saya fokus. Malah Aidilfitri tahun ini juga agak berbeza sedikit jika dibandingkan beberapa tahun sebelum ini. Sememangnya saya sekeluarga menyambut raya secara sederhana saja. Namun saya berharap Sabah akan pulih seperti sedia kala dan kami dapat menyambut Hari Raya.

Keretakan hubungan cinta Adira dan Shahrul menjadi bualan hangat apabila nama penyanyi, Elizabeth Tan dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka. Namun, Adira sudah membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan perkara tersebut dan beliau kini sudah “move on” dengan kehidupannya. Malah sebelum ini Adira pernah memberikan kenyataan bahawa Elizabeth tiada kaitan dalam isu putus tunang berkenaan.

Saya sudah ‘move on’. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Anggap saja tiada jodoh antara kami.

Adira turut meluahkan perasaan terharunya dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminat dan pihak pengurusan tanpa henti. Baginya, sokongan tersebut merupakan pembakar semangat untuk beliau menjadi lebih tabah menghadapi pelbagai ujian yang mendatang.

Sumber Berita: Berita Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top