Penyanyi Adira enggan terus terjerumus dengan perasaan duka dan meratapi kisah beliau putus tunang bersama Pengerusi Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun. Buat Adira, tumpuan utama beliau kini adalah untuk keluarga beliau yang turut terjejas ekoran bencana gempat bumi yang melanda negeri Sabah baru-baru ini.
Saya rasa adalah tidak wajar untuk saya meratapi kisah pertunangan saya yang telah putus. Pada masa sama keluarga saya di Sabah berdepan dengan situasi bencana alam yang seharusnya diberikan lebih perhatian raya (Aidilfitri) yang bakal menjelang tidak lama lagi, keadaan rumah saya juga perlu diperbaiki.
Di sebalik kejadian putus tunang itu, ada lagi kejadian yang lebih penting untuk saya fokus. Malah Aidilfitri tahun ini juga agak berbeza sedikit jika dibandingkan beberapa tahun sebelum ini. Sememangnya saya sekeluarga menyambut raya secara sederhana saja. Namun saya berharap Sabah akan pulih seperti sedia kala dan kami dapat menyambut Hari Raya.
Keretakan hubungan cinta Adira dan Shahrul menjadi bualan hangat apabila nama penyanyi, Elizabeth Tan dikaitkan sebagai orang ketiga yang menjadi punca perpisahan mereka. Namun, Adira sudah membuat keputusan untuk tidak lagi memikirkan perkara tersebut dan beliau kini sudah “move on†dengan kehidupannya. Malah sebelum ini Adira pernah memberikan kenyataan bahawa Elizabeth tiada kaitan dalam isu putus tunang berkenaan.
Saya sudah ‘move on’. Saya tidak mahu fikirkan apa-apa lagi. Yang lepas itu biarlah berlalu dan tak perlu dikenang lagi. Anggap saja tiada jodoh antara kami.
Adira turut meluahkan perasaan terharunya dengan sokongan padu yang diberikan oleh peminat dan pihak pengurusan tanpa henti. Baginya, sokongan tersebut merupakan pembakar semangat untuk beliau menjadi lebih tabah menghadapi pelbagai ujian yang mendatang.