Tular di Facebook satu perkongsian daripada individu dikenali sebagai ‘Minyak Hitam Jalanan’ yang kini mencuri perhatian ramai netizen.
Perkongsiannya bukan sahaja menyentuh hati, malah membuka mata ramai apabila dia membuat keputusan luar biasa berkaitan sumbangan orang ramai.
Menerusi hantaran tersebut, individu itu memaklumkan bahawa dia terpaksa memadam nombor telefon serta akaun media sosial kerana terlalu ramai yang menghubunginya untuk memberi sumbangan.
Lebih mengejutkan, dia turut menegaskan tidak lagi menerima duit infak walaupun peluang untuk menerima bantuan terbuka luas.
“Saya dah tak terima duit infaq, sebab duit infaq ada lagi. Saya tak nak banyak-banyak cukup la yang ada.”
Menurutnya, keputusan itu dibuat kerana bimbang tidak mampu menjaga amanah sekiranya memegang wang dalam jumlah yang besar.
“Saya tak nak di sebabkan duit orang infaq saya tersalah jalan dan gelap mata. Saya takut sebenarnya nak pegang duit infaq banyak-banyak..”
Kenyataan tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen yang kagum dengan kejujuran serta kesedaran dirinya terhadap tanggungjawab mengurus wang sumbangan.
Dalam masa sama, dia turut memaklumkan mahu memberi fokus sepenuhnya kepada kerjaya dan masa depan tanpa terlalu bergantung kepada bantuan orang ramai.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
