8 Individu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Salah Seorang Adalah Rakyat Malaysia

Berita

8 Individu Terkorban Dalam Nahas Helikopter, Salah Seorang Adalah Rakyat Malaysia

Seramai lapan individu disahkan terkorban apabila sebuah helikopter persendirian terhempas di kawasan hutan tebal di Pulau Borneo, menurut kenyataan pihak berkuasa Indonesia, lapor CNA.

Helikopter jenis Airbus milik firma tempatan, Matthew Air Nusantara dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan trafik udara kira-kira lima minit selepas berlepas di wilayah Kalimantan Barat pada pagi semalam.

Advertisement

nahas helikopter

Ketua Pengarah Penerbangan Awam, Lukman F. Laisa memaklumkan kesemua mangsa terdiri daripada dua kru dan enam penumpang, kesemuanya lelaki termasuk seorang rakyat Malaysia.

“Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan lokasi helikopter ini terhempas dan berdasarkan maklumat dari lapangan, semua penumpang serta kru disahkan meninggal dunia,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat berjaya menemukan lokasi nahas pada petang hari yang sama, di kawasan hutan tebal dengan cerun curam.

Menurut ketua agensi mencari dan menyelamat tempatan, I Made Junetra, semua mayat mangsa telah dibawa ke ibu negeri Kalimantan Barat, Pontianak.

“Mayat semua mangsa dibawa ke ibu negeri wilayah Kalimantan Barat, Pontianak,” katanya.

Insiden ini sekali lagi menimbulkan kebimbangan terhadap rekod keselamatan penerbangan di Indonesia, susulan beberapa kejadian nahas maut yang berlaku sejak kebelakangan ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

meriba
2026-04-17 13:02:19

Pasangan 'Kantoi' Meriba Dalam Bas Dipenjara 12 Bulan, Denda RM10,000

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : CNA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...