7 Individu Didakwa Terjejas Radiasi Di PPUM, Peguam Persoal Prosedur Keselamatan – “Mereka Berdepan Risiko Kanser”

Berita

7 Individu Didakwa Terjejas Radiasi Di PPUM, Peguam Persoal Prosedur Keselamatan – “Mereka Berdepan Risiko Kanser”

Seorang peguam mendakwa seramai tujuh individu kini berdepan risiko kesihatan serius termasuk kanser dan masalah tiroid selepas dipercayai terdedah kepada mesin radiasi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, memetik Sinar Harian.

Siti Nur Sabrina Mohammad dari firma Tetuan Aimee & Zaim Arif menyifatkan situasi itu sebagai luar biasa, memandangkan kesan radiasi lazimnya hanya muncul dalam tempoh jangka panjang.

Advertisement

UM

“Biasanya jika ada (pendedahan radiasi) pun, jarak sekurang-kurangnya tujuh hingga 10 tahun. Tetapi dalam masa terdekat ini, sudah ada tujuh orang.”

“Jadi, jumlah yang sangat banyak itu sepatutnya pihak pusat perubatan menjalankan siasatan,” katanya.

Menurut beliau, keadaan ini menimbulkan kemungkinan berlakunya pelanggaran serius terhadap prosedur keselamatan radiasi, sekali gus mendedahkan kakitangan dan pesakit kepada risiko kesihatan.

UM

Tambahnya, walaupun penggunaan radiasi dalam bidang perubatan sememangnya mempunyai risiko, ia sepatutnya dikawal ketat melalui pematuhan SOP yang jelas dan berkesan.

“Risiko itu memang ada, tetapi pihak pusat perubatan terbabit tidak membuat SOP sewajarnya. Sepatutnya peralatan tersebut diasingkan tetapi ia ditempatkan dalam bangunan yang sama bersama pesakit lain dan ahli keluarga.”

“Kakitangan radiologi juga sepatutnya diasingkan daripada kakitangan lain, tetapi ia disekalikan. Jadi, pendedahan terhadap radiasi itu menjadi banyak,” jelas beliau.

Dalam masa sama, Siti Nur Sabrina turut mempersoalkan percanggahan antara laporan kesihatan rasmi yang mendakwa tiada pelanggaran SOP berlaku dengan bukti serta testimoni yang dikemukakan oleh mangsa.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anwar ibrahim
2026-04-17 17:01:07

Satu Kapal Minyak Terkandas Di Selat Hormuz, Kerajaan Kini Pantau Rapat - Anwar Ibrahim

m

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...