Written by Bella | July 31st, 2018

Terpedaya dengan modus operandi sindiket penipuan haram ataupun ‘scammer’ yang menyamar sebagai pihak bank, pelakon Syafiq Kyle akui mengalami kerugian besar hampir RM40,000.

Melakukan penipuan tersebut menerusi panggilan telefon, Syafiq berkata segalanya berlaku dengan pantas dan lakonan penipu itu begitu meyakinkan.

Saya sudah terkena dan berharap orang ramai terutama peminat lebih berhati-hati apabila menerima panggilan telefon yang mencurigakan. Semuanya berlaku sangat pantas dan modus operandi yang dilakukan sindiket terbabit sangat menyakinkan.

Mereka juga menyamar sebagai pihak bank dan meminta saya memasukkan wang ke akaun diberikan kononnya saya pernah melakukan kesalahan. Saya terus memasukkan wang diminta tanpa menyedari diri menjadi mangsa pihak terbabit. Ia kali pertama saya ditipu pihak tidak bertanggungjawab sepanjang berkecimpung sebagai artis. Apapun, saya redha dengan apa berlaku kerana mungkin bukan rezeki saya.

Susulan itu, Syafiq pada Sabtu lalu telah membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan pihak polis sedang menjalankan siasatan berkaitan kes sindiket penipuan wang haram itu. Tujuan Syafiq mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu orang ramai turut menjadi mangsa kepada penipuan sindiket tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | July 30th, 2018

Siapa yang tidak kenal dengan pelakon jelita Amelia Henderson yang namannya kini sedang meningkat naik dalam industri hiburan tanah air selepas muncul dalam drama Pengantin 100 Hari dan Jangan Benci Cintaku. Kalau ada yang masih ingat, Amelia sewaktu zaman kanak-kanaknya juga terlibat dalam iklan komersial.

Mempunyai darah kacukan India dan Scotland, umu mengetahui Amelia sudah berkahwin dengan seorang kerabat diraja. Namun, sejak kebelakangan ini khabar mengenai rumah tangganya yang dikatakan goyah sering menjadi bualan ramai. Ada yang mengatakan Amelia dan suami sudah bercerai.

Baru-baru ini, status perkahwinan Amelia terus menjadi tanda tanya dan mendapat perhatian apabilada ada seorang pengguna Twitter memuat naik kenyataan mendakwa suami pelakon wanita itu sedang hangat bercinta dengan gadis lain.

Jika benar wujudnya skandal seperti yang dikatakan, rata-rata netizen merasakan Amelia berhak mendapat seorang lelaki yang lebih baik.

Walaubagaimanapun, Amelia menjelaskan mereka secara baik dan tidak wujud isu orang ketiga. Malah, beliau masih lagi berkawan baik dengan bekas suaminya itu dan kini sangat bahagia dengan kehidupan masing-masing. Amelia pada masa yang sama meminta peminat mendoakan yang baik-baik sahaja.

Nampaknya segala tanda-tanya mengenai status perkahwinan Amelia sudah terjawab. Kalau mereka boleh berkawan baik, apa salahnya mendoakan agar hubungan yang terjalin itu dapat kekal sehingga akhirnya. Mungkin mereka berdua sudah redha dengan apa yang terjadi, jadi netizen juga tidak perlu melatah dan ‘chill’ sahaja. Bak kata Amelia, doakan yang baik-baik.

Written by AbangNara | July 30th, 2018

Pejam celik, pejam celik, Hari Raya Aidiladha bakal menjelma tidak lama lagi. Pantas sungguh masa berlalu.

Walaupun raya haji lebih sinonim dengan ibadah korban, namun kita masih perlu bersiap sedia dengan baju raya untuk menambahkan lagi kemeriahan perayaan ini. Iyerlah, masa inilah sanak saudara dan sahabat handai semua berkumpul bersempena cuti panjang.

Penampilan kenalah tip-top daripada hujung rambut sampai ke hujung kaki. Tak gitu?

Ha, untuk memudahkan anda mendapat penampilan yang gorgeous meletup di pagi Hari Raya Aidiladha, Starvilion – Hab Fesyen Selebriti Anda sedang menganjurkan jualan MELETOP dengan diskaun sehingga 70%.

Pelbagai baju-baju cantik daripada selebriti terkemuka seperti Fattah Amin, Zahirah McWilson, Hisham Hamid, Nora Danish dan ramai lagi kini dijual dengan harga RENDAH gila-gila. Bab kualiti jangan risau sebab memang dah ramai yang berpuas hati dengan rekaan, mutu jahitan dan jenis kain yang digunakan. Senang kata, memang TERBAIK kesemua baju-baju yang dijual di Starvilion ini.

IMPIAN

taknak ke tampil ayu bergaya macam Nelydia Senrose di pagi raya nanti?

Kalau anda tak percaya, meh sini Abang Nara bagi contoh HARGA RUNTUH semua jenis baju di Starvillion ini. Baju Melayu dengan sampin cuma RM100, baju kurung dijual dengan harga bermula RM50 dan tak lupa, tudung dan hijab daripada RM1. Gila tak gila kan?

Semua ini boleh didapati di Starvilion Seksyen 7 Shah Alam, Ostia Bangi Business Center dan Kubang Kerian. Jom kita tengok antara baju-baju yang tengah laku keras sekarang ini.

1. Baju Melayu untuk kaum Adam (dewasa)

Ini antara contoh koleksi yang ditawarkan. Ada macam-macam lagi, kalau nak letak semua memang scroll tak habis!

fattahMA_copy_2
REMY_ISHAK

2. Baju kurung untuk kaum Hawa

image

OWL

image

image

Untuk makluman, banyak lagi pilihan yang tersedia sekiranya korang sendiri pergi menjejakkan kaki ke cawangan Starvilion yang telah Abang Nara maklumkan di atas.

Yang dikongsikan ini baru sedikit sahaja. Kalau korang pergi sendiri, confirm rambang mata punya, terutama kaum Hawa.

Dah la MURAH, kesemua baju yang dijual pula adalah hasil tangan selebriti-selebriti popular tanah air. Memang berbaloi-baloi sangat untuk dimiliki.

cover

Jadi tunggu apa lagi? Ada je FREE time, silalah ke Starvillion Seksyen 7 Shah Alam, Ostia Bangi Business Center atau Kubang Kerian. Meriahkan Aidiladha anda dengan baju-baju selebriti terkemuka tanah air. Selamat membeli-belah!!!

Written by Bella | July 30th, 2018

Setiap pasangan yang sudah berkahwin pasti mempunyai dugaan ataupun perjalanan yang berbeza dalam rumah tangga mereka. Begitu juga dengan pelakon Wawa Zainal yang mengakui beliau baharu sahaja merasai apa itu nikmat rumah tangga yang harmoni sejak setahun yang lalu meskipun mereka sudah 7 tahun bergelar suami isteri.

Kata Wawa, dahulu beliau bersikap tidak matang dan selalu mencari pasal dengan Aeril, namun kini beliau kini lebih bertolak ansur serta mula belajar menghargai hubugannya bersama suami tercinta dan akhirnya mengecapi kebahagiaan.

Kalau dulu ada juga bergaduh sebab saya asyik cari pasal je. Mujur Aeril banyak bersabar dengan perangai ‘harimau’ saya tetapi pada masa sama saya belajar untuk menghargai dan tidak lagi menjadi harimau jadian. Rezeki murah gila bila rumah tangga harmoni. Terus terang saya menyesal dulu selalu cari pasal dengan dia.

Aeril dan Wawa mendirikan rumah tangga pada tahun 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata Ahmad Fakhruddin Attar, 5, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 3.

Sumber Berita : mStar Online

Page 2 of 3312345...102030...Last »