Written by Bella | January 2nd, 2017

Sehingga saat ini, kami tahu masih ada segelintir pihak yang mengkritik Fathia Latiff kerana isu beliau yang tidak berpuas hati dengan seorang pramugari yang enggan mengangkat begnya. Tidak kami nafikan, isu itu agak panas.

Namun, sedang kami enak melayari Internet kami terbaca satu artikel di portal Harian Metro dimana ada seorang insan menceritakan kebaikan Fathia menerusi ruangan Cik Pang.

Menurut insan berkenaan, dikala netizen menghentam Fathia, tahukah mereka bahawa pelakon itu telah mengeluarkan sejumlah wang yang agak banyak,  semata-mata kerana ingin membantu membayar kos pembedahan rakannya yang mahu membuang payudara palsu yang sebelum ini dibuat di selatan Thailand berbelas tahun lalu.

Fathia sebenarnya agak berbesar hati dengan perubahan rakannya itu. Difahamkan pembedahan berkenaan berjalan dengan lancar dan selamat.

Bukan itu sahaja, Fathia juga banyak memberikan semangat serta nasihat buat rakannya sehinggakan beliau kini sudah menjadi lelaki sejati.

Membaca cerita tersebut, kami yakin ramai yang menghina Fathia pasti akan terdiam apabila mengetahui kebaikan yang beliau telah lakukan.  Sungguh mulia hati Fathia untuk melihat rakannya berubah ke arah yang lebih baik. Semoga apa yang dilakukan oleh Fathia ini dapat memberikan contoh buat orang lain juga. InshaAllah.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | January 2nd, 2017

Semalam, pelakon Shukri Yahaya telah mengadakan majlis aqiqah buat puteri sulungnya, Aaira Ameena. Majlis berkenaan berlangsung dengan cukup meriah sekali bertempat di Riyaaz Event Space, Puchong.

Aaira kelihatan cukup comel sekali mengenakan persalinan berwarna putih sama dengan bapa dan ibunya Tya Adnan.  Aaira juga nampaknya boleh dikatakan seorang bayi yang ceria dan tidak lokek dengan senyuman yang mampu membuatkan ramai orang cair dengannya. Hehe..

Berikut kami kongsikan beberapa lagi foto sekitar majlis aqiqah Aaira Ameena dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : Amir Naufal Photography

 
Written by Bella | January 2nd, 2017

Mengumumkan bakal berkahwin dengan cinta hatinya, Genervie Kam pada tahun ini, penyanyi Hazama hanya ingin mengadakan sebuah majlis pernikahan yang sederhana dan berharap dapat mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Menurut Hazama, beliau hanya akan melakukan perkara wajib iaitu akad nikah sahaja dan merancang untuk mengadakan majlis tersebut sebelum pertandingan Anugerah Juara Lagu ke 31 (AJL 31) pada 22 Januari depan.

Saya sekarang terlalu sibuk dengan beberapa program, jadi memang tiada masa untuk buat persiapan perkahwinan. Selain persiapan Anugerah Juara Lagu, saya juga terlibat dengan Mentor Milenia musim kedua. Saya hanya mahu melakukan perkara yang wajib sahaja, mungkin nikah gantung sahaja terlebih dahulu.

Hazama dan Genervie belum lagi memikirkan tarikh yang sesuai untuk majlis resepsi mereka. Namun, mereka ada berbincang untuk tidak melakukan ia secara besar-besaran dan hanya untuk meraikan rakan-rakan.

Saya tidak fikirkan untuk adakan majlis besar-besaran sebaliknya yang sederhana dan untuk meraikan rakan-rakan sahaja. Namun kami belum membincangkannya lagi.

Benda baik memang harus dipercepatkan betul tak? Kami doakan agar perancangan Hazama untuk bernikah berjalan lancar.

Sumber Berita : mStar Online

Written by Bella | January 2nd, 2017

Kisah mengenai status percintaan bekas isteri Datuk Eizlan Yusof, Vie Shantie Khan sering menjadi topik hangat di media sosial dan akhbar.  Vie pernah dikatakan intim dengan pelawak Zizan Razak tetapi kedua-duanya memberikan kenyataan mereka sekadar teman biasa.

Meskipun gosip beliau dengan Zizan belum reda, timbul pula dakwaan terbaru mengatakan Vie sebenarnya sudah kahwin secara senyap dengan seorang VIP. Berita itu dilaporkan oleh Mary Jane menerusi portal Utusan Online.

Menurut Mary Jane, mereka baru sahaja bernikah dan apa yang mengejutkan lagi ialah Vie didakwa hidup bermadu.

Suami beliau juga sebenarnya pernah muncul dibahagian hujung video klip lagu Sedetik Lebih nyanyian Vie yang dimuat naik di laman YouTube.

Walaubagaimanapun, kesahihan berita ini tidaklah kami ketahui. Namun, jika benar kami mengucapkan tahniah buat Vie Shantie Khan dan berharap beliau dapat tampil menjelaskan perkara sebenar agar tiada pihak yang menimbulkan pelbagai cerita.

Sumber Berita : Utusan Online

Page 37 of 38« First...102030...3435363738