Written by Bella | January 3rd, 2017

Sebelum ini, pelakon Ayda Jebat ada meluahkan pendapat bahawa drama adaptasi novel sudah menjadi trend yang “overratted” dan mengakui beliau juga mahukan naskah yang lebih berkualiti daripada penerbit dan penulis skrip.

Berbicara mengenai isu tersebut, pengarah Michael Ang yang cukup terkenal dengan karya adaptasi novel memberitahu beliau memilih karya berkenaan kerana ia mempunyai peminatnya tersendiri.

Malah, beberapa drama yang dihasilkan oleh Michael mendapat rating tinggi. Buat Michael, untuk apa berusaha keras menghasilkan sesuatu yang berlainan jika ia tidak mendapat sambutan.

Novel sudah ada pengikut. Jadi walau macam mana pun, stesen TV tetap hendak mengejar rating. Saya tidak tahulah orang lain, macam saya buat sesuatu mengejar rating. Buat apa buat drama dan kerja keras, penggambaran hari-hari tetapi tiada orang nak tengok?

Tambah Michael drama adaptasi novel bukanlah isu utama, apa yang penting adalah jalan cerita yang mantap dan berkualiti. Di sini, penerbit dan penulis skrip memainkan peranan penting untuk mengolah naskah yang diambil daripada novel.

Saya tidak kisah sama ada adaptasi novel atau tidak. Kalau cerita itu bagus, ia memang bagus. Tetapi peluang untuk drama adaptasi berjaya adalah lebih tinggi daripada skrip asal. Cerita itu orang nak kutuk kata tajuk busuk, suka hati sayalah. Janji mendapat rating.

Drama adaptasi penulis banyak naratif, jadi kena pandai olahkan watak. Ia memberikan satu kehidupan kepada pembaca novel. Kita baca novel tetapi tetap kena olah balik. Tidak boleh ikut novel bulat-bulat nanti bosan. Saya arahkan pun bosan.

Pengolahan skrip memang penting didalam sesebuah drama, tapi tidak semua penerbit yang menghasilkan drama adaptasi novel mempunyai fikiran seperti Michael Ang.  Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : THE MALAY MAIL ONLINE

Written by serenity | January 3rd, 2017

Di media sosial, terdapat pelbagai perkhidmatan yang dipasarkan sebagai rawatan kecantikan dan kesihatan dengan pelbagai dakwaan mengenai manfaatnya. Salah satu dari perkhidmatan tersebut ialah terapi ozon atau ‘cuci darah’.
ozonBN

Dan salah satu cara bagi pengasas perkhidmatan ini memasarkan produk mereka ialah dengan menggunakan selebriti atau artis yang punya ramai pengikut di media sosial untuk memberikan testimonial atau sokongan kepada perkhidmatan tersebut.

 
Written by Bella | January 3rd, 2017

Semalam Diana Danielle ada memuat naik foto beliau yang kelihatan sarat mengandung di akaun Instagramnya.  Foto berkenaan mengundang pertanyaaan ramai dan ada yang mempercayai bahawa Diana kini sedang hamil anak ketiga bersama suami Farid Kamil. Ruangan komen di Instagram Diana  juga dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat.

Tidak mahu salah faham berterusan, Diana memberitahu foto berkenaan cuma salah satu babak dalam drama terbaru beliau.

Itu gambar untuk drama TV3, Raisha.

Diana Danielle dan Farid Kamil mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 3, dan Nur Aurora, 1.

Kami pun tidak percaya bahawa Diana sedang hamil. Sebelum ini ketika beliau menemani Farid di ASK 2016, perut Diana kelihatan biasa sahaja dan tidaklah besar seperti didalam foto berkenaan.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | January 3rd, 2017

Agak lama juga kita tidak mendengar sebaran berita mengenai pelakon Miera Liyana. Tiba-tiba sahaja beberapa hari ini nama beliau kembali menjadi bualan  peminat tetapi bukan gosip mahupun kontroversi.

Peminat tertarik dengan foto-foto yang dimuat naik oleh beliau ketika bercuti di sekitar Eropah seperti London, Italy, Switzerland dan Amsterdam.

Ramai yang memuji Miera kelihatan semakin cantik dengan fesyen yang agak sederhana.

Berikut kami kongsikan lagi beberapa foto Miera Liyana yang menarik perhatian ramai dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 36 of 38« First...102030...3435363738