Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Siapa Nak Pinang Saya? Mai Cepat-Cepat – Rita Rudaini

Baru-baru ini video pendek Rita Rudaini “Siapa nak pinang saya? Mai cepat-cepat dia dapat” telah menjadi viral di laman sosial Facebook.

Advertisement

Ramai yang menganggap “tawaran” Rita  itu serius sehingga menimbulkan salah faham beberapa pihak sehingga beliau menerima kritikan daripada netizen.

Rita menerusi portal Media Hiburan berkata beliau merasa kesal  ia boleh menjatuhkan maruahnya. Video berkenaan yang sebenarnya hanya ditujukan untuk grup keluarga pelakon Sheila Mambo.  Rita hanya sekadar bergurau sahaja dan tiada niat untuk “mempromosikan” dirinya.

Video tu hanya untuk grup keluarga kak Sheila Mambo dan tak sangka pula boleh jadi macam ini.  Tak sangka dikongsi dengan semua orang.  Saya tak suka sebab orang nanti salah faham.  Dengan status saya ini orang akan pandang rendah dan fikir yang bukan-bukan.

Saya amat kesal jugalah sebab dikongsi untuk semua.  Macam-macam persepsi orang akan buat terhadap saya.  Kenapalah mereka buat begini pada saya.

Advertisement

Erm, bersabarlah Rita. Biasalah zaman sekarang sekejap sahaja benda boleh jadi viral apatah lagi jika anda seorang artis. Harapnya mereka diluar sana tidak terus salah faham.

Sumber Berita : Media Hiburan

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama