Penguna Facebook Dakwa Biskut Aising Warna-warni “Biskut Sembahyang Orang Cina”

Trending

Penguna Facebook Dakwa Biskut Aising Warna-warni “Biskut Sembahyang Orang Cina”

Sebagai rakyat Malaysia, terdapat beberapa jenis makanan yang sering kita lihat dijual di kedai-kedai dan bahagian Tidbits, salah satunya ialah biskut aising warna warni.
BiskutAisingAN

Seorang pengguna Facebook telah membangkitkan sesuatu mengenai biskut ini yang didakwanya ‘biskut sembahyang orang Cina’ dan mengandungi ‘lemak haiwan tidak halal’.

Advertisement



Status itu telah disalin dan menjadi viral, dikongsi sehingga ribuan kali. Ada yang mula merasa ragu terhadap status halal biskut tersebut yang sudah dimakan sejak zaman kanak-kanak lagi.
15966052_1258074280927192_4871465641465450100_n

Namun begitu, seorang pengguna Facebook, Ikhwan Ng telah menulis mengenai dakwaan tersebut yang dianggap tidak berasas.

Ini kerana mengikut pengalaman beliau yang sudah makan biskut tradisional ini sejak kecil, lemak babi tidak ada dalam resepi asalnya. Ia juga hanyalah makanan tradisional orang cina, bukannya ‘biskut sembahyang’ seperti yang didakwa, mahupun dihidangkan kepada mayat. Tambahan pula, minyak babi sebenarnya mahal dan tidak mungkin digunakan sebagai bahan biskut yang murah seperti ini.

 

WhatsApp Image 2017-01-11 at 10.38.42

440e2f66-3029-47f9-b5f5-65a55c639761

Malah, JAKIM juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai status halal biskut aising ini.

e284c953-d563-4fe9-9510-1ab6641d8039

Diharap penerangan JAKIM itu mudah difahami semua. Memang pelik bila segelintir pihak gemar mengeluarkan kenyataan terkait isu yang sensitif ini tanpa usul periksa untuk mencipta keraguan umat Islam. Kalau ragu-ragu, cari biskut yang ada logo halal JAKIM saja. Okay? –amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...