October 12th, 2012

Jutaan tahniah kepada Aqasha yang telah dikurniakan anak perempuan hari ini. Bayi perempuan ini adalah anak kedua hasil perkongsian hidup Aqasha dan isterinya, Noor Baizura. Sebelum ini mereka berdua telah pun mendapat seorang anak lelaki yang kini berusia kira-kira setahun.

aqasha

Semoga dengan kehadiran puteri di dalam keluarga Aqasha akan menceriakan lagi mereka. Aqasha telah pun berkongsi gambar anaknya di Twitter Aqasha. Memang cute dan putih sangat.

aqasha

Tahniah sekali lagi kepada Aqasha atas kehadiran cahaya mata ini.

Advertisement
October 12th, 2012

Kesian sungguh Abang Nara membaca kesakitan yang menimpa Norish Karman di Harian Metro hari ini. Akibat tekanan dan kerja keras mengangkat barang, Norish Karman diserang sakit belakang sehingga tidak boleh bangun dan berasa lumpuh separuh badan.

norish karman

Nasib baiklah kesakitan tersebut dapat dihilangkan selepas Norish Karman mengalami sedikit pembedahan kecil. Kata Norish:-

Sakitnya Allah saja yang tahu. Saya sampai menangis dan ibarat orang lumpuh separa badan. Hendak ke hospital malam itu, saya terfikir hari Ahad dan pasti–nya kalau ke hospital juga, malam itu dihabiskan untuk ditahan dalam wad tanpa ada rawatan. Justeru, saya putuskan pergi ke hospital keesokan harinya. Sementara malam itu saya hanya bersabar dan menggunakan minyak angin untuk kurangkan kesakitan. Ketika menjalani pemeriksaan, doktor ‘L5 S1 Caudal Epidural Injection’, jadi saya disarankan menjalani pembedahan kecil.

norish karman

Rupa-rupanya selama ini Norish Karman tidak menggunakan mesin basuh untuk membasuh bajunya. Semuanya dibasuh menggunakan tangan. Memang logik jugaklah sakit belakang sampai terasa seperti lumpuh. Penat kot basuh baju guna tangan.

Penyakit itu, sesiapapun boleh kena kerana ia berpunca daripada tekanan dan kerja keras mengangkat barang berat. Apabila difikirkan semula, mungkin punca sebab silap sendiri.Saya tidak punya orang gaji dan semua kerja rumah saya buat. Bayangkan sampaikan basuh kain pun guna tangan, percaya tak saya tak ada mesin basuh di rumah.Anak-anak saya yang sudah besarpun kadang-kadang saya masih dukung mereka.Selebih–nya, mungkin kerjaya saya sebagai pelakon memerlukan saya menjayakan babak berat

Semoga selepas ini Norish Karman lebih berhati-hati dan tidak melakukan kerja berat. Nanti sakit susah pulak anak-anak. Tiada siapa nak jaga. Sama-samalah kita doakan agar Norish Karman cepat sembuh dan dapat berlakon kembali.

Advertisement
October 12th, 2012

Berseri-seri sungguh ibu mengandung ini. Abang Nara suka melihat keceriaan di wajah Memey Suhaiza ketika menghiasi muka depan majalah Mingguan Wanita. Kini Memey sedang hamil selama 5 bulan dan pastinya tidak sabar menunggu hari kelahiran cahaya mata sulungnya.

memey hamil

Ramai pembaca BeautifulNara yang menyarankan agar Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi supaya rujuk semula selepas melihat kemesraan yang terpamer di antara mereka dalam gambar percutian ke Genting Highlands. Namun Memey menolak sebarang kemungkinan untuk dirinya dimadukan:-

Alhamdulillah, saya bersyukur kerana hubungan dengan Kak Abby sudah kembali pulih. Sebenarnya, orang tidak tahu antara Abang Norman dan Kak Abby masing-masing sudah berbaik dan tidak bermusuh. Cuma hubungan saya dan Kak Abby kini sudah baik.Saya sendiri tidak mahu memberatkan fikiran dengan benda-benda negatif. Tidak dinafikan ada yang menasihati supaya saya berwaspada, tetapi saya tahu siapa abang dan juga Kak Abby. Saya tidak mahu kata-kata orang membuatkan hubungan kami kembali keruh. Apabila melihat hubungan baik antara abang dan Kak Abby, saya bersyukur dan lebih gembira bila mana hubungan antara kami juga sudah pulih. Saya juga tidak mahu bermadu kerana apa yang saya lalui kini cukup membahagiakan saya

memey hamilBetul juga kata Memey nie kan? Buat apalah nak fikir benda yang negatif dan kata-kata orang. Nanti boleh beri kesan yang tidak elok pula kepada kandungan. Apa pun semoga Memey sentiasa sihat dan dapat melahirkan kandungannya tanpa sebarang masalah kelak. Sama-samalah kita doakan. Info asal Mingguan Wanita.

nuffnangx

P.S: Follow BeautifulNara dengan apps Nuffnangx di smartphone iPhone dan Android anda untuk tidak ketinggalan sebarang update.

Advertisement
October 12th, 2012

Pada tahun 2004, filem Puteri Gunung Ledang telah pun dihantar untuk bertanding di dalam Oscar. Sejak itu, tiada lagi filem Malaysia yang dirasakan berkualiti oleh FINAS untuk bertanding di dalam kategori Foreign Language Film. Namun tahun ini, filem Bunohan nampaknya memenuhi kriteria yang diperlukan dan telah pun disenarai untuk ke Academy Awards yang ke 85.

bunohan ke oscar

Sebanyak 71 buah filem telah pun dihantar untuk kategori ini. Daripada jumlah ini, 9 buah filem akan disenaraipendek sebelum 5 calon akhir akan diumumkan pada 10 Januari 2013. Selepas itu, majlis Academy Awards yang ke 85 akan disiarkan secara langsung ke serata dunia pada 24 Februari 2013.

Mungkin agak sukar untuk filem Bunohan tercalon sebagai Top 5 dalam kategori Foreign Language Film. Namun segalanya mungkin kerana bagi Abang Nara filem Bunohan antara filem terbaik Malaysia yang pernah Abang Nara tonton. Sama-samalah kita doakan kejayaan filem Bunohan sekaligus menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

P.S: Video lawak minggu ini, Banana Song!!!

Advertisement