Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

(TAHNIAH)Farid Kamil Dan Diana Danielle Nikah 3 November Ini

Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
diana danielle farid kamil
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami

Advertisement

Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

58 Comments

  1. Sis.Maa

    October 17, 2012 at 9:34 am

    Uiittt…yg korang nk sakit ht sgt kat abg nara tu apa pasal? Biarlah dia nk letak psl family dia ke apa. Hak dia! Kalau korg x ske, just tgk kejap je la.. Xpayah lah nk buat kecoh kat sini. Sedar2 la ye. Aku tau mmg x semua bnde yg kita buat, org akan suka. Lg2 tjumpe plak org yg mcm korg ni. Skt ht je memanjangkan? Skt ht errkk tgk org bahagia? Insaf2 la ye. Kang Tuhan tarik balik nikmat yg ada skang baru tahu langit tu tinggi ke rendah.. -Sis-

  2. Prince Noob

    October 16, 2012 at 5:29 pm

    baguihla tu kawin awal…

  3. Raja minah jambu 24jam mengadap computer merah biru sama aje original

    October 16, 2012 at 5:13 pm

    sama cntek sama padan memang padan lah dorang dua ni…..cepat nye nk kawinnnnnnnn baru aje tunang kan…..semoga bahgia farid n diana….lov uuuu…

  4. doodoo

    October 16, 2012 at 3:06 pm

    suke tengok dd, sopan, suwwitt, humble, suke pakai baju kurung….tahniah semoga berkekalan…aminnn

  5. Daintystout

    October 16, 2012 at 2:50 pm

    Semoga berbahagia hingga ke syurga. :)

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top