October 15th, 2012

Wow. Memang sungguh tak disangka. Sebentar tadi di majlis tayangan filem PE3, Farid Kamil telah mengumumkan yang Diana Danielle dan dirinya akan bernikah pada 3 November 2012 ini. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada Farid Kamil dan Diana Danielle atas berita gembira ini.
diana danielle farid kamil
Untuk makluman, mereka berdua baru sahaja bertunang pada 1 September yang lepas. Farid Kamil telah memberi kenyataan di bawah kepada portal Murai:-

Setelah mendapat restu kedua ibu bapa saya, malam ini saya ingin mengumumkan bahawa saya dan Diana Danielle akan melangsungkan perkahwinan kami pada 3 November ini. Saya harap dengan pengumuman ini, ramai pihak akan mendoakan yang terbaik buat kami

Perkara baik sebegini sememangnya harus dicepatkan. Hanya tinggal lebih kurang 20 hari sahaja lagi sebelum Diana Danielle bergelar isteri kepada Farid Kamil. Semoga segala persiapan akan berjalan dengan lancarnya. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada bakal pengantin ini.

Advertisement
October 15th, 2012

13 Februari 2012 yang lalu, Abang Nara telah pun menjadi seorang ayah. Seorang bayi comel yang kami beri nama Aariz telah melengkapi keluarga ini. Menjadi seorang ayah ialah the best thing ever happened to me.

aariz

Sebelum jadi seorang bapa, Abang Nara ingatkan tugas membesarkan anak ini adalah tugas seorang ibu. Ternyata Abang Nara silap. Dengarkan cerita Abang Nara tentang keterujaan menjadi seorang ayah dengan menonton video ini di laman web Prudential Listen.

Advertisement
October 15th, 2012

Pastinya anda sudah mengetahui berita penceraian antara Jimmy Shanley dan Suhaila yang telah berlaku minggu lalu. Sehingga ke hari ini, kedua-duanya masih enggan memberikan komen mengenai perpisahan tersebut. Namun B*pop Ahad lalu berjaya mendapatkan reaksi daripada Datin Muniroh, ibu kepada Suhaila.

jimmy shanley

Secara ringkasnya, Datin Muniroh berharap agak anaknya, Suhaila dan Jimmy tidak bermusuhan walaupun selepas penceraian ini. Abang Nara petik sedikit kata-kata yang penuh berhemah daripada Datin Muniroh untuk tatapan anda:-

Saya tidak mahu menyalahkan atau menyebelahi sesiapa. Jimmy dan Suhaila masing-masing ada baik dan buruknya. Tidak manis untuk saya mengaibkan sesiapa, apatah lagi Jimmy pernah menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Hubungan keluarga kami dan keluarga Jimmy memang rapat. Pada raya lalu, kami saling mengziarahi cuma Jimmy saja seperti menjauhkan diri. Saya ingin memberitahunya, jika enggan datang ke rumah, saya sanggup membawa cucu saya ke mana-mana lokasi untuk dia berjumpa. Saya faham mungkin Jimmy segan tetapi apa yang berlaku itu antara dia dan Suhaila. Cuma saya ingin berterima kasih kepada Jimmy kerana menghadiahkan seorang cucu yang comel yang menjadi penghibur di rumah.

Hampir menitik air mata Abang Nara membaca kata-kata Datin Muniroh. Pastinya Datin Muniroh sendiri kecewa dengan apa yang terjadi. Tak apalah. Kalau dah jodohnya sudah tertulis akan berakhir dengan penceraian, tak ada apa yang mampu kita lakukan. Semoga ianya menjadi iktibar di masa hadapan buat kita semua.

P.S: Video lawak Hitler. Memang lawak bro!!!

Advertisement
October 15th, 2012

Baru-baru ini ketika menonton Lawak Ke Der 2 di Istana Budaya, Abang Nara ternampak kelibat Neelofa. Terus hati Abang Nara berbisik “Mungkinkah Neelofa menemani Hans Isaac?“. Dan kemungkinan itu semakin meninggi apabila Hans Isaac mengakui yang dia kini berkawan secara serius dengan Neelofa.

hans isaac bercinta neelofa

Setelah digosipkan bercuti bersama-sama di Koh Samui, Hans Isaac hari ini tampil memberitahu Mstar Online yang dia enggan berkongsi perkembangan hubungan mereka kerana ianya terlalu peribadi. Kata Hans:-

Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya. Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini.

neelofa bercinta hans isaac

Menerangkan mengenai percutiannya ke Koh Samui, Hans Isaac memberitahu yang dia bukannya bodoh dan tidak peka dengan sensitivi agama dan budaya. Kata Hans:-

Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini. Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja. Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya.

hans isaac bercinta neelofa
Hmmmmm. Pasti ramai jejaka yang gigit jari apabila mendengar kata-kata daripada Hans Isaac ini. Apa pun Abang Nara tengok Hans Isaac dan Neelofa memang sama cantik sama padan. Tak salah kalau mereka berdua bercinta. Semoga perhubungan mereka akan berubah daripada kawan kepada kekasih dan seterusnya kepada suami isteri. Sama-sama kita doakan.

P.S: Casing untuk iPhone 5 anda.

Advertisement