10 Beradik Dapat Tunai Haji Serentak, Hasil Ibu Menyimpan RM10 Setiap Bulan – “Dia Potong Dari Pendapatan Sendiri…”

Kehidupan

10 Beradik Dapat Tunai Haji Serentak, Hasil Ibu Menyimpan RM10 Setiap Bulan – “Dia Potong Dari Pendapatan Sendiri…”

Hasil disiplin untuk menabung yang dipupuk sejak kecil, 10 adik beradik ini berjaya tunai impian untuk menunaikan ibadah haji bersama seluruh keluarga termasuklah isteri masing-masing.

Konsisten menabung sejak kecil

Menurut anak keempat, Muhammad Huzair Zakhal perjalanan tersebut menjadi lebih bermakna kerana setiap sen yang mereka gunakan merupakan simpanan duit raya yang mereka simpan secara konsisten sejak kecil dan tidak pernah dibelanjakan.

Advertisement

Sebenarnya duit raya kami dari kecil pun tidak digunakan. Semua disimpan dalam Tabung Haji… hari ini itulah antara yang kami gunakan untuk menunaikan haji.

Tambahnya, amalan menabung tersebut diterapkan oleh ibu bapanya sejak awal yang juga turut membuka akaun Tabung haji buat semua anak-anak sebaik sahaja mereka lahir.

10 beradik tunai haji bersama

Bermula dengan amaun sikit

Pada mulanya ibu mereka mula menyimpan dengan jumlah yang kecil namun cukup konsisten setiap bulan, bermula dengan RM10 dan ditingkatkan pula kepada RM20 buat setiap anak.

Mak yang mula simpan untuk kami semua. Dia potong daripada pendapatan sendiri, sedikit demi sedikit, sampai cukup jumlah untuk daftar haji bagi semua anak-anak pada 2009.

simpan di Tabung Haji

Semuanya kerana pengorbanan ibu ayah

Selepas ibu mereka menyerahkan akaun itu kepada setiap anak untuk diuruskan sendiri, mereka semua mula menyimpan dengan konsisten.

Ada yang rasa nak tangguh sebab simpanan belum cukup. Tetapi mak kata tak apa, mak sanggup bantu, asalkan semua anak-anak dapat pergi haji bersama. Apa yang kami capai hari ini sebenarnya hasil pengorbanan mak ayah sejak awal lagi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-05-06 16:41:44

Jemaah Haji Puji Kecekapan Juruterbang MH8110, Kongsi Detik Cemas Pesawat Hampir Terjunam Di Ruang Udara Oman

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani