Written by Bella | May 23rd, 2016

Kemelut antara Yazit dan ahli kumpulan Search cukup menarik perhatian media sejak beberapa minggu ini. Mana tidaknya, kumpulan rock yang cukup lama bertahan didalam industri hiburan tanah air ini kini dihimpit dengan masalah yang menggugat bukan sahaja kumpulan mereka tetapi persahabatan juga.

Dakwa Yazit, sejak beliau menderita dengan pelbagai penyakit, ahli kumpulan Search yang lain iaitu Amy, Nasir, Din dan Kid seakan mahu menyingkirkan beliau daripada Search.

Buat Yazit, beliau tetap akan membuktikan kebenaran bahawa beliau teraniaya dan segala dakwaan beliau terhadap Search adalah benar.

Saya mahu mencari kebenaran. Saya masih menunggu peguam untuk mendakwa mereka ke mahkamah.

Saya tidak kisah, saya selalu kena kutuk sejak sakit. Bukan saya tidak tahu, ada anggota Search malu dan tidak kuasa menjaga orang sakit seperti saya. Saya dipandang hina! Saya tidak buat cerita, tetapi itulah suara hati mereka, kadang-kadang terlepas cakap pada saya.

Yazit pada masa yang sama memberitahu, keharmonian kumpulan Search yang sudah ditubuhkan berpuluh tahun terjejas kerana berpunca daripada cara kehidupan mereka. Jelas Yazit, ahli kumpulan itu mula lupa diri.

Semuanya berpunca daripada cara kehidupan. Mereka lupa diri. Jujurnya, saya sudah nampak mereka mahu menyingkirkan saya sejak Konsert Search Live In Istana Budaya pada tahun 2014. Mereka tidak letakkan saya dalam barisan pemain sebaliknya penganjur pula mahukan saya. Saya masih ingat saya main enam lagu bukan empat lagu seperti yang didakwa.

Bukannya Yazit tidak pernah cuba menyelesaikan masalah yang mereka hadapi secara baik, tetapi percubaan Yazit untuk bertanyakan soal bayaran dan pertanyaan lain gagal apabila tiada ahli kumpulan Search yang mahu bertemu dengan beliau.

Pada masa yang sama, Yazit juga tidak gentar jika beliau disaman kerana mengeluarkan kenyataan serta dakwaan terhadap Search. Niat beliau bukan untuk menjatuhkan nama kumpulan itu tetapi ingin mendapatkan keadilan buat dirinya.

Sumber Berita : Berita Harian

19 responses to Yazit Dakwa Ahli Kumpulan Search Lupa Diri

  1. Dastar says:

    korang semua ni lejen. sesuatu yg group2 pop atau band2 rock kat sini susah nak challenge pencapaian korang. dah lama korang bertahan dengan mcm2 karenah n dugaan dunia seni. kenapa setelah semua tu, dihujungnya retak menanti belah?
    ada salah faham atau miss communication kat mana2 ni. harap search dapat berbaik semula. korang bukannya bersama baru 3-4 tahun, korang lagenda. act like one.

    0

    0
    • Anonymous says:

      kembali ke pangkal jalan lah..dah tua memasing.

      lagi satu, lambang kay key dan baju yazit tu kan freemason.
      dari dulu org dok puja..xde pulak yg nak ban.

      0

      0
      • Anonymous says:

        tak habis2. patutnya korang dah bersara pergi mekah…buat sekolah tahfiz. sudah2 la. zaman korang dh lepas.

        0

        0
    • Kiah says:

      paling respect rocker ramli sarip. berkarya sesuai dgn usia. itu saja.

      0

      0
      • Anonymous says:

        Dato Ramli Sarip memang bagus, humble orangnya. Tak ada pun cerita2 negatif sepanjang bergelar anak seni.

        0

        0
    • mokpokang says:

      tubuh band tahun 2000, pstu diam smpai 2030.. tahun 2031 cari blk kwn2 band pstu declare band dah 30 tahun..hahahahahaha..senang buat duit

      0

      0
  2. KAU says:

    UDAH2 LA TU…BERSATU LA BLK WEI….DH TUA2 NI

    0

    0
  3. cik kelly says:

    bersangka baik… takkan search nak ajak yazit buat persembahan jugak walaupun tahu time tu yazit tengah sakit?

    0

    0
    • Anonymous says:

      Bkn buat persembahan sepanjang konsert. Beberapa lagu… Syarat je sbg ahli kumpulan.

      0

      0
  4. Anonymous says:

    dah mcam pisang ranum semua. duduk diam2 lah….selesai cara orang tua. bukan bergaduh mcm budak2 tingkatan.

    0

    0
    • Anonymous says:

      Pisang ranum sedap jugak buat cekodok. Ini masing2 dah rupa kodok lagi mau gaduh2 haishhh!!

      0

      0
  5. sue says:

    Pakcik Yazit ni tengah sakit, emo tak stabil, daripada statement dia macam berkecil hati. tapi seperti yg Amy cakap bayaran diberi walaupun dia tak terlibat dalam persembahan. Maka yang menuduh mestilah memberi bukti. Tuduhan pecah amanah adalah sangat serius. Kalau tak benar, dah jadi satu fitnah. “Jujurnya saya sudah nampak mereka mahu menyingkirkan saya..” nampak sangat pakcik Yazit ni emosional. Lebih baik pakck Yazit berhenti memberi statement kepada press. Bincang elok2 dengan peguam. Setel elok2. Amy pulak, mana yang terhutang bayarkan. Kalau belum dpt bayaran, suruh syarikat penaja tu sahkan. Dah tua gaduh2 ni buruk tau!

    0

    0
  6. Seriously, satu perkataan je “Geeeeeliiiiiiii”…… bukan apa dah berumur ni, patut semua pakcik2 ni siap sedia betul kan akidah, banyakkan amal ibadah, tak payah kekal dgn imej zaman batu serupa cave man, terkinja-kinja nak berkonsert. Bawa lah imej serupa dgn usia, nak nyanyi boleh tapi tone down sikit, bawa acoustic version. Aku kalau tengok datok-datok tua seperti Rolling Stones bersama grandpa Mick Jagger, seriously aku rasa loya tekak. Sbb muka dah berkedut seribu weiii, nampak mcm terlalu terdesak nak kembali ke alam remaja. Seriously turn off ada, kesian pun ada. Tu bangsa lain agama lain lah, tapi kalau dah bangsa dan agama sendiri sedemikian rupa, aku cuma boleh doa kan lah supaya pakcik-pakcik di beri hidayah oleh NYA. Bawa-bawa lah mengucap pakci-pakcik semua. Duit boleh cari pakcik2, byk cara2 halal yg lain yg boleh menjana rezeki, nilai persahabatan takde nilai nya pakcik2 semua, nilai2 murni, amal jariah dan amalan2 soleh yg akan bawa kita ke kubur nanti. Takkan jatuh miskin kita kalau kita tolong org lain, Allah akan pulang kan semua rezeki tu balik pada kita semua. Jgn pasal duit semua kabur mata. Ingat2 lah pakcik2 semua.

    0

    0
  7. Dia cuma mintak bahagian dia je bukan nak suruh korang sembah ratu. Korang bagi dia bahagian dia yg dah termenterai sbg hak dia, aku rasa dia takde hal pun. Kita hidup haruslah ada belas ihsan, ini hari dia, nanti hari korang semua, aku harap ada lah org yg akan membantu nanti.

    0

    0
  8. maun says:

    tak payah bising2 la pak cik oi ….. kalau ada kes dan ada berani, bawak ke mahkamah ….. kalau tak de kes, jangan buat hingar.

    0

    0
  9. Anonymous says:

    Kn elok duit yg nk saman org tu buat bayar rawatan diri sndiri knp nk membazir

    0

    0
  10. Asmo abe ghani says:

    Abe kid mano pulok ?
    Yg baju kunih tu rope abe long fadhil yg niaga lekok pun ado.

    0

    0
  11. aku x benci iklan says:

    pehal iklan kiri kanan atas bawah ni woiii

    0

    0
  12. yeahhhh says:

    yazid ni dari dulu suka buat hal..tgk la masa gandingan awie bersama search, awie pn lari tak tahan dgn mulut yazid ni..alahai tak sangka perangai dia tak pernah berubah..kita nak judge pn kita tak kenal beliau sebagai rakan..yg mana kenal beliau sebagai rakan,faham dah la beliau ni mcm mna..

    0

    0