May 11th, 2016

Sebelum ini, Yazit Search telah membuat satu laporan polis yang mendakwa isteri Amy Search, Norhasniza Hassan telah memaki beliau apabila ditanya tentang soal bayaran dan mempercayai wanita itu telah pecah amanah kerana tidak menyerahkan beberapa bayaran persembahan kepada Yazit.

Namun, masih ada sesetengah pihak yang mempertikaikan kenyataan Yazit dan menganggap beliau terlalu emosi kerana sedang sakit.

Walaubagaimanapun, Yazit menegaskan beliau bercakap benar dan mempunyai segala bukti beliau diperlakukan sebegitu oleh Norhasniza.

Apa yang saya cakap ini ada kebenaran dan disertakan dengan bukti. Saya dimaki oleh Nourish hanya kerana bertanya mengenai wang yang sepatutnya saya terima. Perkara ini sudah terjadi dan tindakan perlu diambil. Jika Search perlu berpecah, saya akan tubuhkan Search Junior.

Difahamkan, Amy bersama beberapa lagi anggota kumpulan Search yang lain bakal mengadakan satu sidang media pada petang ini untuk menjawab segala persoalan berikutan dakwaan Yazit. Sama-sama kita nantikan penjelasan daripada pihak Amy pula.

Sumber Berita : Harian Metro


Comments are closed.

Loading...